Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Selepas Alif Satar, Lagu Sesungguhnya Kembali Dengan Versi 2020!

by Khai Azfar
December 20, 2019
Share on Facebook

Masih ingat dengan lagu nasyid popular era 90-an, Sesungguhnya yang didendangkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu? Jika pada Ramadan lalu lagu tersebut kembali popular selepas dinyanyikan semula oleh anggota Raihan duet bersama Alif Satar yang dikenali sebagai Sesungguhnya 2019, kini satu lagi versi lagu itu hangat diperkatakan.

Nazrey Kembali Dengan Sesungguhnya 2020

Diberi nafas baharu, lagu popular tersebut yang dinamakan Sesungguhnya 2020 kali ini dinyanyi sendiri oleh vokalis asal kumpulan itu, Nazrey Johani berduet bersama penyanyi Dwi Dina. Sejak dimuat naik video muzik tersebut di laman YouTube pada Selasa lalu, ianya telah ditonton hampir 100 ribu tontonan. Meskipun digarap dengan sedikit berbeza dengan versi asal, namun rata-rata memuji keindahan lagu ini apatah lagi dengan kelunakan suara dua penyanyi ini.

Peminat Harap Nazrey Kembali Popularkan Lagu Terdahulu

Dalam ruangan komen, terdapat juga pesanan yang ditinggalkan oleh netizen untuk membantu Nazrey sama-sama berkongsi video ini supaya dapat membantunya menghulurkan bantuan buat pelajar tahfiz di Sabah.

Bukan sahaja Malaysia, malah peminat-peminat dari Singapura, Brunei dan Indonesia juga memuji Sesungguhnya 2020 dan mengharapkan agar penyanyi itu dapat menyanyikan semula lagu-lagu popularnya bersama Raihan suatu ketika dahulu.

YouTube video

Sebagai rekod, Nazrey telah berundur dari kumpulan Raihan pada tahun 2006 yang mana kini hanya tinggal Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim meneruskan legasi kumpulan tersebut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Nazrey JohaniSesungguhnya 2020
Share5Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara