• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Selepas Beg Biru, Balenciaga Di-Troll Oleh IKEA Gara-Gara Koleksi Terbarunya

by Soph Azz
November 28, 2023
Foto - Hypebeast / IKEA (IG)

Foto - Hypebeast / IKEA (IG)

Share on Facebook

Jenama perabot dan aksesori rumah Sweden, IKEA mengeluarkan satu jenaka atau troll kepada rumah fesyen Perancis iaitu Balenciaga. Ini kerana Balenciaga telah memperkenalkan koleksi Musim Bunga 24 mereka yang menampilkan skirt tuala uniseks.

Dijual pada harga RM3200 sepasang; skirt tuala ini telah menimbulkan tanda tanya dan ada yang berasa kelakar memandangkan ianya tidak ada jauh bezanya dengan tuala mandi biasa.

Foto – Balenciaga

Menurut laman web Balenciaga, skirt tuala uniseks ini mempunyai dua butang di bahagian pinggang bersama dengan sulaman logo “Balenciaga”. Ia juga mempunyai tali pinggang boleh laras dengan gesper di dalamnya. Saiznya pula dikeluarkan dalam dua jenis saiz iaitu kecil dan sederhana.

Foto – Balenciaga

Melihatkan koleksi Musim Bunga 24 daripada Balenciaga ini, IKEA mengeluarkan troll mereka dengan menampilkan model yang memakai tuala mandi jenamanya di tengah-tengah kedai.

View this post on Instagram

A post shared by IKEA Australia (@ikea_australia)

Berharga RM40 sepasang, IKEA memuat naik pautan di Instagram rasminya mempromosikan tuala mandi VINARN. Dalam iklan tersebut; model memakai tuala mandi di atas seluar kargo bersama jaket hoodie dan kaca mata hitam, sama seperti Balenciaga.

Sebelum ini, IKEA juga pernah troll Balenciaga apabila jenama rumah fesyen Perancis itu mengeluarkan beg biru yang seakan-akan sama seperti IKEA.

Foto – Vogue / Daraz.pk

Balenciaga Arena Extra-Large Shopper Tote Bag dijual pada harga sekitar RM10,022.51. Manakala IKEA Frakta dijual pada harga RM2.90.

Boleh tahan kelakar juga kan?

Jenama Baju Michelle Yeoh Bukan Biasa-biasa, Gaun Kuning Ini Pernah Dipakai di Paris!
BalenciagaIkeatuala mandi balenciaga
https://lomp.at/ytu6l
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore