Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Selepas Sertai Big Stage 2020, Amir Hasan Tampil Dengan ‘iShy’

by Khai Azfar
November 4, 2020
Share on Facebook

Setelah mencuri perhatian apabila videonya menyanyikan lagu ‘Akad’ dendangan asal band Indonesia, Payung Teduh menjadi tular pada tahun 2017, Amir Hasan memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 2018 menerusi single pertamanya ‘Bicaramu’ yang ditulisnya bersama Haikal Azrin dan Rudy Nastia.

Pernah Jayakan Persembahan Antarabangsa 

Berikutan kejayaan single debutnya, tahun 2019 menyaksikan penyanyi yang dikenali sebagai Amir ini kembali dengan single keduanya ‘Gadis Yang Ku Tunggu’ (GYKT), sebuah lagu yang digubah oleh Aizat Amdan dan Mel Ramlan. Siapa sangka, rezeki debutnya , Amir pernah diberi peluang menjayakan persembahan di pentas Esplanade, Singapura untuk Pesta Raya – Festival Kesenian Melayu dan menjadi pembuka tirai konsert penyanyi pop Britain, Anne-Marie di KL Live pada tahun 2019.

Lagu Ciptaan Sendiri 

Selepas menyertai rancangan realiti Big Stage 2020,pemegang Diploma Komunikasi dan Media dari Universiti Selangor ini mengukuhkan lagi namanya dalam persada seni, Amir kembali dengan single terbaharunya berjudul “iShy”. Menariknya lagi, lagu ini ditulis sendiri oleh Amir dan Mingaling, komposer dan penerbit yang semakin meningkat naik dari kumpulan Hip Hop Malaysia, MassMusic.

Berlainan dengan karyanya sebelum ini yang berunsur pop Melayu, “iShy” menyaksikan Amir cuba mengetengahkan muzik berentak urban dalam karyanya.

“Sebelum bergelar penyanyi rakaman, saya sebenarnya lebih cenderung ke arah muzik Hip-Hop ketika mula-mula menyanyi dahulu. Setelah menghasilkan dua lagu berentak pop, saya rasa sudah tiba masanya saya mengambil pendekatan yang berbeza untuk single ketiga saya. Ini adalah kolaborasi pertama saya dengan Mingaling, yang sebelum ini pernah menghasilkan beberapa lagu hits tempatan. Bekerjasama dengan Mingaling dalam proses rakaman lagu ini telah banyak membantu saya mengasah lagi kemahiran menulis lagu dan meluaskan lagi pengetahuan serta pengalaman muzik saya.”

“Saya harap lagu “iShy” ini dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk menyatakan rasa cinta mereka kepada seseorang. Lebih penting lagi, saya berharap pendengar terutamanya peminat saya dapat menerima baik lagu ini dan terus menyokong muzik saya.” katanya

“iShy” diterbitkan dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia dan boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music manakala lirik video rasmi “iShy” boleh ditonton di Youtube Warner Music Malaysia bermula 30 Oktober lalu.

YouTube video

amir hasan
https://lomp.at/qamqe
Share3Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara