Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Selesai Kuarantin! Agong & Permaisuri Agong Bebas COVID-19

by Khai Azfar
April 10, 2020
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas 14 hari, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akhirnya selesai menjalani kuarantin diri dan turut disahkan bebas COVID-19.

Berada Dalam Keadaan Sihat 

Berita gembira itu dikongsi oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka berdua dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan menzahirkan penghargaan kepada rakyat atas doa dan keprihatinan semua terhadap kesejahteraan dan kesihatan Seri Paduka sekeluarga.

gambar : BERNAMA

Terdahulu, Seri Paduka berdua dan keluarga menjalani kuarantin diri di Istana Negara seperti dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sejurus pengesahan beberapa kakitangan Istana Negara positif COVID-19 oleh pihak KKM dua minggu lalu.

“Berikutan kes-kes positif itu, sejumlah 116 kakitangan Istana Negara turut diarah oleh KKM menjalani saringan dan kuarantin diri selama 14 hari yang juga berakhir pada hari ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Agong Titah Rakyat Patuhi Nasihat 

Ahmad Fadil turut berkata, Al-Sultan Abdullah yang amat prihatin terhadap perkembangan terkini wabak COVID-19, mengulangi titah agar rakyat mematuhi semua nasihat dan perintah yang dikeluarkan KKM dan pihak berkuasa, khususnya perintah kuarantin diri dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seri Paduka turut menzahirkan perasaan amat sedih kerana masih ada rakyat Malaysia yang ingkar PKP atas kepentingan diri sendiri, menyebabkan peningkatan kes COVID-19 positif dan pertambahan kawasan zon merah.

“Marilah kita bersama memainkan peranan membantu meratakan lengkungan jangkitan COVID-19 ini dengan terus berada di rumah.

“Jika perlu keluar untuk membeli barang keperluan, pakailah penutup hidung dan mulut serta amalkan penjarakan sosial,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka menzahirkan penghargaan dan sanjungan tinggi kepada KKM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, khususnya wira dan wirawati di barisan hadapan atas ketabahan dan pengorbanan menjalankan tanggungjawab tanpa mengira penat lelah.

Topik Berkaitan [VIDEO] Telatah Tunku Azizah Menari, Raih Perhatian Warganet

Hari ini, Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman mengenai keputusan PKP bakal dilanjutkan mahupun sebaliknya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
tunku azizahYang di-Pertuan Agong
Share22Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  3. 3

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  4. 4

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  5. 5

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara