• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Senarai Harga Tiket Kapal Layar Titanic Yang Tak Masuk Akal?-“Kelas Pertama Lebih RM600 Ribu!”

by Jash Lee
December 26, 2023
Share on Facebook

Siapa yang tidak mengetahui kisah kapal Titanic yang menjadi bualan sehingga ke hari ini. Kapal mewah Titanic buatan UK ini belayar dari Southamton England menuju US pada 10 April 1912, namun ia karam pada 15 April 1912 setelah berlanggar aisberg di Lautan Atlantik. Daripada jumlah penumpang dan krew yang naik kapal mewah tersebut iaitu seramai 2,200, hanya 700 orang sahaja yang terselamat.

Pernahkah Anda Mengetahui Berapakah Harga Tiket Kapal Mewah Titanic Itu Jika Disamakan Dengan Harga Pada Hari Ini? 

Terdapat 4 tiket untuk kelas yang berbeza termasuk hidangan dan layanan yang berbeza. iaitu kelas pertama Suite Parlour, kelas pertama Berth, kelas kedua dan kelas ketiga.

VIA GOOGLE

KELAS PERTAMA SUITE PARLOUR

Harga Tiket Sehala 870 pound (1912), harga 2023 RM616,667.42

Bilik ini didiami oleh jutawan dan taikun perlombongan emas. Ia dilengkapi katil gangsa, sinki batu marmar, pemanas dan soket elektrik untuk lampu dan pencukur eletrik. Jika bilangan ahli keluarga ramai, bilik sebelah boleh disambung untuk memuatkan ramai ahli keluarga.

VIA GOOGLE

Suite Perlour dilengkapi dengan bilik air peribadi, serta lengkap dengan pemanas air. Jika pemilik bilik ini tidak ingin kesibukkan makan di restoran, mereka boleh makan dan bersantaii diruangan santai peribadi serta terasing dari penumpang lain.

VIA GOOGLE

KELAS PERTAMA BERTH

Harga Tiket Sehala 30 pound (1912), harga 2023 RM21,265.51

Meskipun bilik ini tidak semewah Suite Parlour, namun ia menandingi kemudahan kelas pertama yang dimiliki kapal pesaing yang lain. Tandas dan bilik mandi peribadi tiada untuk pembeli tiket ini, akan tetapi penumpang boleh menggunakan tandas komunal yang disediakan untuk pembeli tiket ini.

VIA GOOGLE

KELAS KEDUA

Harga Tiket Sehala 12 pound (1912), harga 2023 RM8,495.09

Walaupun tiket kelas kedua ini tidak semewah tiket kelas pertama Suite Parlour dan Berth, namun ianya lebih baik dari kelas ketiga. Kelas ini juga mempunyai perabot yang basic untuk digunakan. Namun beberapa bilik kelas kedua tidak siap sepenuhnya dan ada bilik yang tidak mempunyai pemanas yang sempurna.

VIA GOOGLE

KELAS KETIGA

Harga Tiket Sehala 7 pound (1912), harga 2023 RM4,960.87

Kemudahan kelas ketiga Titanic telah menandingi kelas kedua dikapal lain yang sezaman dengannya. Imigran membeli tiket ini untuk berhijrah mencari kerja di Amerika. Penumpang kelas ini tidak mempunyai tandas serta bilik air, mereka perlu berkongsi bilik air dengan 700 penumpang yang lain di tandas perkongsian.

VIA GOOGLE

Siapakah Orang Terkaya Yang Menaiki Kapal Mewah Titanic?

Orang terkaya yang menaiki kapal mewah Titanic adalah John Jacob Astor IV yang merupakan usahawan dan pemaju hartanah yang mempunyai jumlah kekayaan waktu itu (1912) berjumlah $87 juta, jumlah masa kini adalah lebih kurang $2.64 billion. Dia juga dijangka merupakan individu yang terkaya pada zaman tersebut.

VIA GOOGLE

John Jacob Astor IV menaiki kapal tersebut bersama isterinya iaitu Madeleine Force Astor, kucing, anjing, pekerja Astor iaitu Victor Robbins, pembantu Madeleine iaitu Rosalie Bidois dan jururawatnya Caroline Louise Endres. Isterinya yang mengandung ketika itu dan ingin melahirkan anak mereka di US. Oleh sebab itu, John Jacob Astor IV membeli tiket kelas pertama Suite Parlour untuk memenuhi permintaan isterinya itu.

VIA GOOGLE

Namun yang menyedihkan ialah apabila Madeleine, Rosalie dan Caroline berjaya diselamatkan dengan menaiki bot penyelamat manakala, John Jacob Astor IV, Victor dan haiwan peliharaan mereka tergelam bersama kapal tersebut.

Apa-apa pun, semoga perkara yang telah terjadi ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua. Apa kata anda?

Harga Tiket Kapal Titanic
https://lomp.at/5g5t7
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  2. 2

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  3. 3

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore