Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Serlah Kecantikan Kamu Pada Tahun Baru Cina Dengan Rutin Serba Mewah Ini

by Lisa Ghani
January 9, 2023
Foto - iStock

Foto - iStock

Share on Facebook

Apa resolusi tahun baru kamu? Mahu fokus pada self-care tapi tertanya-tanya cara yang betul nak melakukannya?

Mungkin kamu boleh mulakan dengan rutin penjagaan kulit wajah. Kenal pasti jenis dan masalah kulit bagi mendapatkan produk yang betul. Berikut cadangan Miss Murai untuk rutin harian kamu bagi menyediakan kulit yang bersih dan bebas cela. Sesuai sangat untuk musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba ini.

Pergi beraya kenalah jaga penampilan, barulah kelihatan cantik sempurna.

philosophy purity pore purifying foam cleanser, RM109

Foto – philosophy

Dirumus dengan teknologi yang berkesan namun lembut. Hasil daripada formula enzim betik dan asid glikolik untuk membersih dan mengelupas, witch hazel dan gliserin mengekalkan pori-pori dan kelembapan.

Tatcha The Essence, RM520

Foto – Tatcha

Rahsia untuk penghidratan dengan menggunakan Tatcha The Essence. Produk yang memanfaatkan kuasa penapaian daripada alga merah Okinawa dan teh hijau bagi menyediakan kulit yang lembut, gebu dan bersih berseri.

Dr.Jart+ Ceramidin Facial Barrier Mask, RM110

Foto – Dr.Jart

Dr.Jart+ Ceramidin Facial Barrier Mask sesuai untuk hari-hari di mana kulit kamu memerlukan tambahan sesuatu. Kenapa ceramidin? Ia membantu dalam menyokong penghalang kulit bagi memastikan kulit gebu dan terhalang daripada persekitaran yang kotor.

philosophy purity pore minimizing serum, RM170

Foto – philosophy

Serum harian yang memperolehi keajaiban daripada asid salisilik, ekstrak biji lentil dan lilac cell untuk menyumbat dan mengetatkan liang roma sambil mengehadkan pengeluaran sebum yang berlebihan.

Dr.Jart+ Ceramidin Cream, RM180

Foto – Dr.Jart

Kunci kelembapan kulit dengan Dr.Jart+ Ceramidin Cream ini. Krim pelembap dengan kompleks 5-Cera yang melembapkan, menguatkan dan melegakan penghalang kulit yang merengsa.

Supergoop! Unseen Sunscreen, RM195

Foto – Supergoop

Krim pelindung matahari SPF40 spektrum luas yang berfungsi sebagai primer solekan. Formulasi ini menawarkan kompleks alga merah, frankincense dan meadowfoam untuk melindungi kulit daripada kerosakan cahaya biru, peningkatan penghidratan dan melegakan kerengsaan.

Jom cantik sama-sama ikut rutin ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dr.jartphilosophysupergooptatcha
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara