• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Serlahkan Bibir Mungil Bak Angelina Jolie Dengan 2 Item Baru Huda Beauty!

by Soph Azz
December 21, 2022
Foto - Huda Beauty

Foto - Huda Beauty

Share on Facebook

Miss Murai ada berita gembira untuk peminat Huda Beauty!

Jenama kecantikan Huda Beauty telah mengubah ‘permainan’ bibir dengan menaik taraf semula produk OG mereka yang terlaris; Liquid Matte Ultra-Comfort Transfer-Proof Lipstick dan Lip Contour 2.0 Automatic Matte Lip Pencil.

Dengan formulasi berkrim yang baru, mesra vegan dan sapuan licik bak mentega, produk duo ini memberikan bibir kamu ilusi yang lebih besar, lebih berdefinisi daripada biasa!

Liquid Matte Ultra-Comfort Transfer-Proof Lipstick (RM108)

Barisan liquid lipstick ini menampilkan rona lanjutan, sesuai untuk semua warna kulit dengan 16 rona universal. Dengan hanya satu sapuan, lipstik ini mampu tahan sehingga 8 jam dengan keselesaan yang maksimum.

Foto – Huda Beauty

Memandangkan lipstik ini mesra vegan, ia diperbuat dengan Iycopene, minyak zaitun, vitamin A&E, dan essential fatty acid. Apa yang membuatkan Miss Murai teruja dengan lipstik ini adalah ia smudge-proof, memberikan kemasan suede-matte dan baldu.

Cara guna: 

  1. Untuk kesan maksimum, gariskan bibir menggunakan lip pencil pilihan dan pudarkan ke arah tengah.
  2. Sapukan lapisan nipis Liquid Matte dalam warna yang sepadan atau lebih terang untuk diisi.
  3. Biarkan kira-kira 30 saat untuk warna ditetapkan secara semula jadi kepada kemasan matte.
Foto – Huda Beauty

Tips Huda Kattan:

  • Segarkan bibir anda dengan WISHFUL’s Yo Kiss Lip Scrub pada bibir yang bersih dan kering.
  • Eksperimen lebih lanjut dengan stail kamu, campurkan warna untuk mencipta tona kamu sendiri.

Lip Contour 2.0 Automatic Matte Lip Pencil (RM100)

Matte lip pencil yang lembut dan ringan ini dikeluarkan dalam 12 rona terang, membentuk kontur, mengisi dan menggariskan bibir dengan ketepatan.

Foto – Huda Beauty

Apa yang kamu boleh jangkakan adalah kemasan yang lebih matte, selesa, tahan lama dan kalis air sehingga 6 jam. Diformulasikan dengan ekstrak kacang soya (menenangkan dan memulihkan bibir), ekstrak Licorice (melembapkan kulit bibir) dan lilin berasaskan tumbuhan (melicinkan) untuk berikan hasil yang sangat berpigmen!

Foto – Huda Beauty

Cara guna: 

  1. Lihat kawasan bibir yang kamu nak kontur (tambah volume, baiki simetri, bentuk dan lain-lain),
  2. Ambil Lip Contour 2.0 pilihan, lukis “X” pada cupid bow untuk, kemudian garis melintang di bahagian tengah bawah bibir.
  3. Tarik garisan tersebut ke penjuru bibir untuk mencipta full lip line.
  4. Akhir sekali penuhkan bibir dengan lipstik kegemaran kamu!

Beli di Sephora dan terima kit sampel wangian 3 keping (minimum belanja RM240) sama ada menerusi web atau kedai.

huda beautylip liner huda beautylipstick huda beautyliquid matte huda beauty
https://lomp.at/hog09
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore