Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] ‘Jangan Cabar Allah’- Netizen Kecam Sesi ‘Live’ Harith Iskander Bersama Nur Sajat

by Zaidin Albert
October 25, 2021
Share on Facebook

Sebelum ini, Murai MY ada mengeluarkan sebuah artikel mengenai persoalan yang dilontarkan oleh pelawak Harith Iskander berhubung dengan isu ‘buruan’ Nur Sajat. Dalam artikel tersebut, Harith meluahkan rasa hairan, mengapa usahawan kosmetik itu menjadi buruan sedangkan dia tidak melakukan jenayah yang besar seperti mencuri wang rakyat.

Harith Mengadakan Sesi ‘Live” Bersama Sajat

Kenyataan Harith seolah-olah tidak disambut baik oleh segelintir netizen, malah dia telah mengadakan sesi siaran langsung bersama Nur Sajat pada malam semalam (24/10). Sesi siaran langsung itu mengupas pelbagai isu yang melanda Sajat. Namun jika dilihat diruangan komen, selain menerima sokongan dari peminat, agak mengejutkan ramai juga yang mengecam tindakan Harith itu.

Tangkap Layar: IG @harithiskander

“Banyak sokongan … dan jumlah haters pun, ini benar-benar mengejutkan saya, tetapi saya benar-benar tertarik dan bersemangat untuk mengetahui tentang peristiwa yang menyebabkan dia melarikan diri dari Malaysia dan mencari suaka di Australia. Bergabunglah dengan saya malam ini dan saksikan apa yang ditakdirkan untuk menjadi salah satu episod “terpanas” yang pernah ada!- tulisnya di Instagram.

Netizen Kecam Tindakan Harith

YouTube video

Video: Youtube Harith Iskander Comedy

Selepas selesai membuat sesi ‘live’ bersama Nur Sajat,  tinjauan kami di Instagram Harith, beberapa komen netizen menunjukkan rasa tidak berpuas hati dengan memanggil gelaran ‘haters’ atau pembenci jika tidak bersetuju dengan siaran live tersebut.

“Berhenti memanggil orang yang tidak bersetuju dengan anda sebagai ‘haters’. Ia tiada kaitan dengan emosi kebencian. Faktanya, dia melarikan diri dari tuduhan undang-undang!” tulis akaun @einhyatt , yang seolah-olah biasa dengan hal berkaitan undang-undang negara.

Sepatutnya Jemput JAIS

Selain itu, terdapat komen yang mencadangkan supaya Harith menjemput pihak JAIS dalam sesi siaran langsung itu demi mendapat kebenaran.

“Saya cadangkan panggil sekali JAIS sertai ‘live’ tu nanti dengan Sajad dan anda sendiri. Lagi bagus kalau panggil beberapa orang reseller produk dia sekali. Barulah boleh cerita sebenarnya kenapa dia sanggup lari dari malaysia. Jangan dengar sebelah pihak aje”- tulis akaun @temaomar yang begitu besar harapannya dalam mendamaikan pelbagai pihak.

Lebih suka Douglas Lim?

Tak kurang juga yang menyalahkan Harith tidak mempunyai sensitiviti agama dan bandingkan dirinya dengan pelawak Douglas Lim.

“Ini isu sensitif untuk umat Islam di malaysia, inilah sebabnya saya lebih suka Douglas Lim. Walaupun dia berbangsa cina tetapi dia lebih peka daripada Harith.” tulis akaun @valo.lee, yang dilihat begitu arif membuat perbandingan manusia.

Jangan Cabar Allah SWT

Terdapat salah seorang pengikut Harith di Instagram yang menganggap tindakannya sedikit melampau?

“Come on ni bukan tentang haters la tapi ni tentang islam dalam al quran lgbt ni haram sangat haram dilaknat oleh Allah kenapa nak bela dia? Hak dia? Ye memang hak dia tapi kami sebagai umat islam nak selamat kan dia jangan lawan dan cabar Allah Swt sedih tengok dalam ic islam tapi sokong hak lgbt bela lgbt why? Untuk topik lain, saya tetap dengan anda harith tetapi topik ini anda dah melampau ingat jangan lawan Allah”- tulis akaun @ainol_azif, yang dilihat begitu tinggi ilmu agamanya.

Apa-apa pun, seperti mana yang kita ketahui, Harith mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam mengendalikan ‘show’ atau program bual bicara sendiri. Tak kisah siapa sahaja yang dia mahu jemput untuk jadi tetamu dalam sesi ‘live’nya, anda sendiri yang memilih untuk menonton atau tidak.

"Saya Akan Berpakaian Lelaki"- Sajat Dedah Bakal Tunai Umrah Tahun Depan Berpakaian Lelaki

Ya, memang ramai yang tidak Tiada paksaan bukan? Hiduplah dengan positif, kurangkan rasa kebencian dalam hidup anda.

Harith Iskandernur sajattransgender
https://lomp.at/z60dq
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore