Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sharifah Sakinah Dedah Amal Tutup Lubang Jamban Waktu Maghrib Elak Gangguan Makhluk Halus

by Puteri Alia
October 13, 2025
Share on Facebook

Pelakon dan personaliti terkenal, Sharifah Sakinah, tampil mendedahkan amalan yang diamalkannya bagi menjauhkan diri daripada gangguan penyakit ain dan unsur negatif yang sering dikaitkan dengan dunia glamor. Menurut Sakinah, 36, antara rahsia dirinya kekal positif dan bersemangat adalah dengan menjaga kebersihan rumah serta mengamalkan petua tradisional bagi mengekalkan tenaga baik di sekelilingnya.

“Aku pastikan rumah tiada cicak, lipas dan tikus. Itu penjelmaan mereka. Sebab itu aku jaga tenaga dalam rumah. Kalau waktu maghrib, aku tutup semua lubang jamban,” katanya menerusi sebuah program audio siar yang tular di media sosial baru-baru ini.

Sakinah, yang dikenali dengan sikap terbuka dan selamba, menjelaskan bahawa kebersihan kediaman bukan hanya penting dari segi kesihatan fizikal, tetapi juga bagi mengelak gangguan makhluk halus. Katanya, dia turut mengamalkan mandian ais dan limau sebagai langkah rohani dan spiritual untuk menenangkan diri apabila berasa tidak sedap badan.

“Mandi ais dan limau waktu maghrib dan sebelum subuh setiap kali rasa tak sedap badan. Itu sunnah, sangat bagus untuk buang aura negatif,” ujarnya yang kini semakin cenderung kepada gaya hidup sihat dan seimbang.

Berkongsi lebih lanjut, pelakon Curang Tanpa Niat itu tidak menolak kemungkinan penyakit ain turut menjadi antara cabaran besar bagi golongan selebriti yang sering menjadi perhatian umum. Ujar Sakinah, pandangan mata manusia yang sarat dengan rasa iri atau dengki boleh memberi kesan buruk kepada seseorang tanpa disedari.

“Jadi selebriti, hari-hari orang cemburu. Kadang-kadang mereka tak hantar pun (sihir), tapi bila tengok hantaran dalam media sosial, mereka menyumpah. Sebab itu aku jaga media sosial betul-betul. Aku masih bersangka baik, mereka taklah sampai pergi bomoh tunjuk muka aku,” dedahnya jujur.

Pendedahan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata memuji pendekatan Sakinah yang disifatkan sebagai gabungan moden dan tradisional, selain menonjolkan sisi baharunya yang lebih matang dan spiritual.

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-"Suami Orang Dipeluk Macam Tu.."

“Betul apa dia kata, rumah kalau kotor senang benda tak elok datang,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Bagus Sakinah ni, nampak moden tapi masih pegang petua orang dulu-dulu,” komen seorang lagi netizen.

Ramai turut menganggap pelakon itu kini lebih berilmu dalam hal-hal spiritual dan bijak menjaga kesejahteraan diri serta rumah tangga daripada hasad manusia dan gangguan yang tidak diingini. Bagi Sakinah, semua itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menjaga keseimbangan hidup di tengah dunia hiburan yang tidak pernah sunyi daripada mata yang memerhati dan hati yang iri.

sharifah sakinah
https://lomp.at/imh42
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Biar Allah Saja Yang Tahu Kebenaran..”-Rita Rudaini Beri Respon Isu Muafakat MRSM Sungai Besar?

by Naddy Joe
January 19, 2026

Pelakon, Rita Rudaini tampil bersuara terhadap salah seorang netizen yang mendakwa pelakon ini yang 'kecoh' mengenai Kepimpinan Persatuan Ibu Bapa...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ragam Watie Hanifiah ‘Food Hunting’ Ketika Sarat Hamil, Curi Perhatian Netizen!-“Seronok Tengok..”

by Naddy Joe
January 5, 2026

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen 'me time' di Indonesia,...

Read moreDetails
Lokal

Uyaina Arshad Pernah Disahkan Tak Boleh Hamil Kerana Ambil Ubat Untuk 2 Masalah Jantung?

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengimbas kembali momennya apabila pihak doktor memaklumkan bahawa dia berkemungkinan tidak dapat hamil disebabkan masalah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore