Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Shila Amzah Akui Kali Ini Hanya Mahu Berdiam Diri Melihat Dari Jauh Urusan Perpindahan Keluarga Daripada Banglo Miliknya

by Puteri Alia
October 26, 2023
Share on Facebook

Penyanyi Shila Amzah hanya mahu berdiam diri dan sekadar melihat dari jauh sahaja urusan perpindahan keluarga daripada banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Ujar Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 33, dia memilih untuk tidak masuk campur dalam urusan tersebut selepas berlaku perbalahan dan tuduh menuduh antara dirinya dengan adik beradik yang lain disebabkan rumah tersebut.

“Kali ini saya tidak uruskan (perpindahan keluarga), mereka pilih sendiri. Saya tidak uruskan kerana masalah ini sudah terlalu besar. Jadi saya ambil langkah untuk mendiamkan diri sahaja.

“Saya lepas tangan. Kalau ada masalah nanti dan mereka minta tolong, tengoklah macam mana nanti,” ujarnya sewaktu menjawab soalan pengikutnya dalam Instagram.

Difahamkan, keluarganya juga telah mencari kediaman baharu tanpa pengetahuan dirinya.

Ketika disoal tentang perancangannya untuk menjual rumah banglo miliknya itu, Shila berkata hasrat tersebut masih diteruskan dan hanya menunggu masa kediaman yang pernah meninggalkan banyak kenangan pahit itu dikosongkan.

“Sudah ramai yang tanya untuk beli rumah itu. Tapi biarlah tunggu kosong dahulu. Sekarang masih ada penghuni dalam rumah tersebut.

“Selepas kosong nanti, barulah senang orang nak datang tengok. Tapi setahu saya, mereka sudah tidak lagi duduk di situ. Cuma saya belum tahu mereka sudah pindah secara rasmi atau belum,” katanya.

Terdahulu, pertikaian antara Shila dengan keluarganya bermula selepas adik perempuannya, Syada memuat naik hantaran rumah sewa disebabkan bakal dihalau keluar dari kediaman yang diduduki bersama ibu mereka.

Konflik semakin memuncak apabila Shila membuat hantaran balas dalam sesi siaran langsung dalam Instagram dengan mendedahkan dirinya bekerja sejak kecil selain tidak memegang kad bank serta kad pengenalan sehingga berumur 28 tahun.

[VIDEO] Ubai Kongsi Jawapan 'Random' Seth Uwais Ketika Disoal Guru, Netizen Terhibur!

Pelantun lagu Tiada Dirimu itu turut memperincikan keputusan rumah miliknya serta sikap Syafiq dan Syada sehingga ibu mereka tampil bersuara sekaligus menghangatkan lagi suasana.

shila amzahsyada amzah
https://lomp.at/5e7u7
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahh Bersyukur Lihat Ibu Berjuang Lawan Kanser!-“Mama Baru Sedar Dari Operation..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Ojenn Aiwahh menitipkan rasa syukur melihat ibunya yang sangat kuat berjuang melawan kanser. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Jatt Ali Meninggal Dunia-“Ternyata Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Penyanyi, Jatt Ali berkongsi khabar duka mengenai ibunya, Hajaz Zainah yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis. Khabar duka...

Read moreDetails
Foto - @sharnaazahmad (IG)
Lokal

[VIDEO] Cipta Trend “Takut Bini”, Sharnaaz Ahmad Beri Teguran- “Hormati Tapi Tak Perlu Takut”

by Nurul A.
January 6, 2026

Disebabkan oleh trend "takut bini" yang dihasilkan oleh segelintir pencipta kandungan di media sosial, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi teguran...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore