Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Kenali Pearly Tan & M. Thinaah, Beregu Wanita Galas Emas Untuk Negara

by Ayu Kamaruddin
December 17, 2025
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Pearly Tan Koong Le, 25 dan M. Thinaah Muralitharan, 27 kini bukan lagi asing dalam dunia badminton antarabangsa. Detik yang benar-benar mengukuhkan status mereka sebagai gandingan paling berjaya negara hadir di Sukan SEA 2025, apabila Pearly Tan dan M. Thinaah mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk merangkul pingat emas menerusi kemenangan dramatik selama 86 minit ke atas wakil Indonesia, Febriana Dwipuji dan Kusuma Meilysa Trias Puspitasari (21-16, 19-21, 21-17) di Gimnasium Universiti Thammasat. Lebih manis, kejayaan itu menamatkan kemarau 10 tahun Malaysia tanpa emas beregu wanita sejak edisi 2015.

Gandingan beregu wanita utama Malaysia ini sering menjadi sandaran negara setiap kali turun ke kejohanan besar, daripada Piala Uber sehinggalah temasya berprestij dunia. Bergandingan secara tetap sejak sekitar 2019, Pearly Tan dan M. Thinaah muncul sebagai pasangan paling stabil dan berjaya dalam sejarah beregu wanita Malaysia, memecahkan pelbagai rekod yang sebelum ini sukar ditembusi.

Dua Personaliti, Satu Formula Menjadi

Pearly Tan Koong Le atau Pearly Tan, lahir pada 14 Mac 2000 di Alor Setar, Kedah, dikenali dengan gaya permainan agresif dan serangan padu dari belakang gelanggang. Anak kepada jurulatih badminton iaitu  Tan Seng Hoe dan Tan Chai Ling, Pearly membesar dalam persekitaran sukan dan mula bermain secara serius sekitar usianya 10 tahun di Alor Setar Racquet Club (ASRC). Namanya mula mencuri perhatian di peringkat junior apabila beliau berjaya meraih pingat perak Kejohanan Asia dan Dunia Remaja 2018 bersama Toh Ee Wei.

Sementara itu, M. Thinaah Muralitharan atau M. Thinaah, lahir pada 3 Januari 1998 di Klang, Selangor. Merupakan anak kedua dari tiga beradik dan bapanya merupakan seorang jurutera, S. Muralitharan dan ibunya merupakan seorang doktor, Dr. Parimala Devi. Terkenal dengan ketenangan, kawalan permainan dan pertahanan konsisten di bahagian depan gelanggang. Beliau mula bermain badminton seawal usia enam tahun, terinspirasi oleh abang sulungnya bahkan ramai tidak tahu adik perempuannya juga iaitu Selinaah merupakan bekas pemain negeri Selangor. Thinaah pernah menjuarai Dutch International 2018 dalam acara perseorangan wanita sebelum beralih fokus sepenuhnya kepada beregu.

[VIDEO] "Ini Datin Seri, Bukan Mak Cik!" - Aliff Syukri Hadiahkan Barang Kemas RM1.5 Juta Ke Isteri

Dari Pasukan Kebangsaan Ke Pentas Dunia

Kedua-duanya menyertai program kebangsaan sejak 2013, namun kerjasama mereka benar-benar melonjak selepas digandingkan secara tetap beberapa tahun kemudian. Kepercayaan jurulatih terhadap keserasian mereka mula membuahkan hasil apabila pasangan ini menunjukkan konsistensi di kejohanan BWF World Tour.

Antara pencapaian yang melonjakkan nama mereka ialah kejayaan merangkul pingat emas Sukan Komanwel 2022 di Birmingham dalam acara beregu wanita, selain turut menyumbang emas acara berpasukan campuran. Mereka juga mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara French Open, gelaran Super 750 pertama buat beregu wanita Malaysia.

Pearly-Thinaah di landasan tepat menuju kejohanan duniaSukan Komanwel 2022: Pearly Tan-M Thinaah, Tze Yong tempah ...

Mencabar Sejarah, Memecah ‘Glass Ceiling’

Pearly Tan dan M. Thinaah terus mencipta detik penting apabila mara jauh di kejohanan utama dunia, termasuk Kejohanan Dunia BWF dan temasya Olimpik. Kehadiran mereka di pentas separuh akhir kejohanan besar membuktikan bahawa beregu wanita Malaysia kini mampu berdiri sebaris dengan kuasa tradisional seperti China, Jepun dan Korea Selatan.

Konsistensi mereka dalam kejohanan Super Series dan Super 500 turut memastikan pasangan ini kekal berada dalam kelompok ranking 10 terbaik dunia, sekali gus menjadi sandaran utama negara dalam setiap kejohanan berpasukan.

Pearly-Thinaah cruise into Japan Open semis | FMTBronze medal dream ends for Pearly-Thinaah | FMT

Ranking Dunia & Pencapaian Terkini Yang Mengukuhkan Status Elit

Dari sudut ranking, Pearly Tan dan M. Thinaah bukan sekadar berada dalam kelompok elit dunia. Pasangan ini pernah menduduki ranking No.2 dunia BWF (Julai 2025) serta mencipta satu lagi pencapaian besar apabila menamatkan musim sebagai pasangan No.1 World Tour Finals 2025, satu status yang mengesahkan konsistensi mereka sepanjang tahun kompetitif.

Sumber semua gambar, via badmintonplanet

Momentum itu diteruskan dengan pencapaian paling segar apabila mereka muncul juara Japan Masters November 2025, sekali gus menambah koleksi kejuaraan World Tour dan mengukuhkan reputasi sebagai antara beregu wanita paling stabil di litar antarabangsa ketika ini. Gabungan kejayaan besar dan prestasi berterusan ini menjadikan Pearly–Thinaah bukan sekadar pencabar, tetapi ancaman sebenar kepada kuasa tradisional badminton dunia.

[VIDEO] "Ini Datin Seri, Bukan Mak Cik!" - Aliff Syukri Hadiahkan Barang Kemas RM1.5 Juta Ke Isteri

Inspirasi Beregu Wanita Malaysia

Lebih daripada sekadar pemenang pingat, Pearly Tan dan M. Thinaah kini dilihat sebagai simbol kebangkitan beregu wanita Malaysia. Mereka bukan sahaja memecahkan rekod lama, tetapi turut membuka laluan untuk generasi pelapis berani bermimpi lebih besar.

Dalam era badminton moden yang semakin kompetitif, gandingan ini membuktikan bahawa konsistensi, keserasian dan kerja keras mampu membawa Malaysia kembali disegani di pentas dunia.

Di mata peminat tempatan, Pearly–Thinaah kini bukan sekadar pasangan beregu, tetapi simbol keyakinan baharu bahawa beregu wanita Malaysia mampu bersaing di tahap tertinggi dunia. Mereka bukan “one-hit wonder”, apa pun Murai ucapkan tahniah buat pasangan beregu wanita kita.

badmintonberegu wanitaemasM. ThinaahPearly Tan
https://lomp.at/vb9di
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

via Thread/Grok
Sosial Buzz

Troli Penuh, Tinggal Tepi Rak – Pelanggan ‘Give Up’ Beratur, Staf Pula Kena Settle?

by Naja Nix
March 3, 2026

Bukan Sistem Down, Tapi Orang Terlalu Ramai? Tular satu perkongsian di Thread memaparkan beberapa troli pasar raya yang dipenuhi barangan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bagasi Selamat Sebelum Terbang, ‘Kosong’ Selepas Mendarat Undang Simpati Ramai

by Naja Nix
January 31, 2026

Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat apabila perkongsian itu memaparkan keadaan bagasi seorang individu sebelum dan...

Read moreDetails
Insentif

Hafaz 30 Juzuk Boleh Dapat RM4,500, MAIWP Tawar Insentif Lumayan Untuk Para Huffaz

by Ayu Kamaruddin
March 5, 2026

Berita baik buat para huffaz di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz...

Read moreDetails
Automotif

Toyota Lancar Model Hibrid Termurah, Harga Bermula RM103,900 Paling Mampu Milik

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport,...

Read moreDetails
Insentif

Diskaun Tol 50% Aidilfitri 2026 Diumumkan, Ini Tarikh Rakyat Boleh Nikmati Potongan

by Ayu Kamaruddin
March 18, 2026

Menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, berita ini pastinya membuatkan ramai tersenyum lebar. Kerajaan mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara