Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Siapa Sangka, 5 Selebriti Timang Cahaya Mata November Ini

by Khai Azfar
November 13, 2017
Share on Facebook

Nampaknya bulan November ramai selebriti berkongsi khabar gembira apabila mereka menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Berikut kami senaraikan 5 selebriti yang menerima cahaya mata di bulan November ini.

1. Lufya dan Che Hafiz

“Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah syukur our princess #babyL selamat dilahirkan secara normal dan bayi dalam keadaan sempurna dan cukup sifatnya.Dilahirkan pada tarikh 11.11.17 jam 6.32 petang dengan berat 3.39 kilogram.Terima kasih Dr. Arifah yang dibantu oleh suami @chehafiz007 menyambut kelahiran Baby L dengan baik,”

Penyanyi, Lufya selamat melahirkan bayi perempuan sulung secara normal di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara pada petang Sabtu.Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, suami, Che Muhammad Hafiz yang memotong tali pusat bayi mereka serta memberi sokongan padanya ketika di dalam bilik bersalin.

2. Fouziah Gous dan Zhafran Yusof

Another baby boy! , Fouziah Gous telah selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki malam tadi. Anak kedua bagi pasangan ini yang masih belum diumumkan namanya dilahirkan malam tadi (9 November) pada jam 8.15 malam seberat 3.04kg.

Fouziah berkahwin dengan Zhafran pada 21 September 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan yang bakal menginjak usia dua tahun pada 26 November ini.

3. Nina Ismail Sabri dan Jovian Mandagie

Isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Nina Sabrina Ismail Sabri selamat melahirkan bayi perempuan mereka pada 1 November yang lalu. Berita gembira itu dikongsi oleh Jovian menerusi akaun Instagram (IG)nya beserta foto jari anaknya.Dia juga menyatakan rasa syukur dengan kehadiran anak sulungnya dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan keluarganya.

4. King Coco dan Captain Azrin

Pada 8 November lalu,selebriti penuh kontroversi, King Coco selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di sebuah hospital swasta.Rata-rata peminat yang mendapat tahu mengenai perkara itu penuh membanjiri ruangan komen, untuk mengucapkan kata-kata tahniah kepada Coco dan juga suami.

Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap Akibat Gagal Bayar Pinjaman RM5 Juta ‘Persahabatan’

Ramai juga yang tidak sabar menantikan apakah nama yang bakal diberikan oleh Coco kepada bayi comel mereka itu. Lots of mix!

5. Syaheera Rahman Dan Fad Bocey

Kalau dah minat memang tidak dapat dipisahkan. Isteri kepada Fad Bocey, Syaheera Rahman atau lebih mesra disapa sebagai Sya dikhabarkan bakal melahirkan anak ketiga mereka hari ini.

Perkembangan terkini Sya, beliau kini sedang menunggu saat untuk melahirkan anak mereka pada hari ini. Semalam (12 November) Sya yang suka berkongsi resipi masakan sempat lagi menumbuk sambal bagi menyediakan makan malam mereka. Terdahulu, hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki. Semoga dipermudahkan hendaknya buat keluarga ini.

fad boceyfouziah gousjovian mandagieking cocolufya
https://lomp.at/oj5af
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore