Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Siapa Sangka 9 Selebriti Terkenal Ini Mempunyai Anak Kembar!

by Khai Azfar
August 2, 2017
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Selain kerjaya selebriti, perkhabaran mereka menerima cahaya mata juga turut mencuri tumpuan. Buat selebriti yang menyambut cahaya mata sulung,tahniah diucapkan dan tidak dilupakan buat mereka yang menambah bilangan zuriat pada tahun ini.

Bagi selebriti yang mendapat anak kembar, kebahagiaan yang dkecapi juga berganda. Berikut adalah 9 Selebriti yang mempunyai anak kembar

1. Fad Bocey 

Kehadiran dua anak kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan cukup membahagiakan buat pelakon dan pelawak Fad Bocey bersama isteri, Nur Syahirah A. Rahman. Bagi mereka, kelahiran kembar ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Khabarnya pada penghujung tahun ini, Fad Bocey sekali lagi bakal menimang cahaya mata. Adakah kelahiran kali ini juga kembar? Sama – sama kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.– murai.my

2. Zarina Zainuddin

Pujian harus diberi kepada dramatis terkenal, Zarina Zainuddin. Ini kerana anak – anak kembarnya Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai telah disahkan sebagai anak – anak istimewa yang menghidapi autism. Membesarkan anak – anak autism bukanlah satu perkara yang mudah, namun bagi beliau, kehadiran kembar ini memberi 1001 makna kepada dirinya.

3. Datin Paduka Iena Azman

Terpalit dengan kontroversi dengan pelakon lelaki tidak lama dahulu, Datin Paduka Iena Azman sekali lagi mencuri perhatian dengan kelahiran bayi kembar – lelaki dan perempuan beliau, Karl Kareef dan Arianna Aubrey. Bayi kembar mereka turut tersenarai sebagai bayi yang popular yang kini mempunyai 398 ribu pengikut di Instagram.

4. Sharifah Aleya


Aza Ameena dan Asha Ameena, namanya seindah ibu mereka, Sharifah Aleya. Terkini, selepas bersara dari Hot.fm , Sharifah Aleya memfokuskan dunia pengacaraan sebagai kerjaya terbaru beliau.

Sharifah Aleya Dedah Tidak Tertekan dengan Kecaman Netizen Isu Tindik Hidung

5. Sazzy Falak & Nazril Idrus


Mendirikan rumah tangga pada 2006, kehadiran anak kembar mereka bagaikan satu rahmat dan lonjakan buat pasangan selebriti terkenal ini. Bukan sahaja makin dikenali malah pasangan ini turut menceburkan bidang dalam dunia perniagaan dengan memperkenalkan pakaian yang berjenama mereka sendiri

6. Ziana Zain 

Siapa sangka kelahiran anak kembar Ziana Zain ketika itu hampir meragut nayawanya. Kini penyanyi terkenal yang mendirikan rumah tangga bersama Armin Zahrin ini mempunyai 4 cahaya mata. – murai.my

7. Nurul Syuhada Nurul Ain 


Pengacara terkena, Nurul Syuhada Nurul Ain kini kembali dalam dunia pengacaraan selepas berehat seketika dalam memberi tumpuan membesarkan sepasang kembarnya yang comel, Raja Abdul Mateen dan Raja Nur Emaan.

8. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Perkhabaran gembira ini telah dikongsi oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memperoleh cahaya mata kembar lelaki yang turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan beliau pada 27 Julai yang lalu.

9. Datin Zizie Ezette

Menerusi laman Instagram nya, Datin Zizie Ezette mengumumkan yang beliau dan suami, Datuk Bung Mokhtar Radin bakal memenimang cahaya mata sulung yang juga kembar,dijangka lahir pada bulan Disember atau Januari tahun depan. Tahniah diucapkan!

Gambar Astro Gempak 

anak artisanak kembarangkasawan negaradatin paduka iena azmandatin zizie ezetteDatuk Dr Sheikh Muszaphar shukorfad boceynazril idrussazzy falaksharifah aleyazarina zainuddinziana zain
https://lomp.at/qrt93
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Tekan Je, Terus Jadi Video! AI HONOR 600 Pro Memang Luar Biasa

by Noe
April 23, 2026

Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam dunia telefon pintar kini semakin agresif. Terbaharu, HONOR tampil dengan ciri generatif yang dinaik...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Insentif

SARA Bulanan Kini Sudah Mula Dikreditkan Ke Dalam Mykad

by Ayu Kamaruddin
March 2, 2026

Berita yang dinanti akhirnya tiba, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan kini sudah mula dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang...

Read moreDetails
Bisnes

Gandakan Kebaikan Pada Ramadan Ini Dengan Inisiatif Berskala Besar Di Seluruh Negara

by Naddy Joe
March 1, 2026

Ramadan sentiasa menjadi waktu untuk berkongsi dan berbuat baik saat rakyat Malaysia saling membantu, berkongsi rezeki dan menghulurkan sokongan kepada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara