Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Siapa Sangka Bilal Istana Negara Pun Belajar Vokal Dengan Mark Adam

by Khai Azfar
March 2, 2020
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum bergelar penyanyi, siapa sangka Mark Adam terlebih dahulu mencipta nama sebagai seorang guru muzik.  Boleh dikatakan setiap percaturan yang dibuat oleh Mark atau nama Islam nya Fikri Mark Adam Abdullah, membuahkan hasil.

Berkongsi Ilmu Dalam Suara Academy 

Dikenali sebagai seorang selebriti yang verstail, Mark masih lagi berkongsi segala ilmu yang diperolehi sebagai seorang guru menerusi akademi muziknya, Suara Academy yang kini menginjak ke tahun ketiga penubuhannya.

Mark ketika ditemui Murai. My ketika sesi santai bersama media baru-baru ini berkata antara pegangannya selama ini dia tidak pernah menganggap dirinya telah jauh ke hadapan mahupun sebagai seorang yang berkedudukan tinggi, sebaliknya dia lebih gemar mempraktikan konsep kekeluargaan di akademi nya. Maka tidak hairanlah lebih dari 300 orang pelajar sanggup berguru dengannya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Pelbagai Latar Belakang 

Bukan sahaja kerabat diraja, lebih manis salah seorang pelajar di Suara Academy ini adalah seorang bilal yang ingin belajar cara memperbaiki vokal dalam mengalunkan azan solat fardhu dan sebagainya.

Dedah Mark , ramai penyanyi-penyanyi tempatan turut menuntut ilmu disini antaranya seperti Fattah Amin, Bella Astillah, Aiman Tino dan ramai lagi.

“Ada anak saudara Sultan, selebriti – selebriti dan bilal pun ada belajar disini. Bukan sahaja saya dan guru-guru lain mengajar disini sebaliknya kami juga dapat belajar dari mereka.

Pengalaman yang penting sebenarnya. Suara Academy ini bukan mewakili saya mahupun mana-mana Individu tetapi ianya adalah keluarga. Saya tak letak diri saya sebagai bos” katanya

Sejak penubuhannya pelbagai kenangan terus dicipta dalam Suara Academy. Ada yang belajar kerana mengalami tekanan perasaan dan ada diantara pelajar Mark yang menghidap penyakit kanser.

Mark Adam Anggap Diri Sudah 'Menang' Sebelum Bertanding Di GV12, Peminat Terharu!-"Terima Kasih Ezan.."

Kongsinya lagi, pelajar itu berjaya mengharungi penyakit tersebut selepas berjaya mendalami perasaannya menerusi muzik.

“Ada seorang pelajar yang perlu menjalani dialisis dan tidak mampu untuk membayar, tapi kita kata tak apa, teruskan datang untuk belajar secara percuma. Kita anggap sebagai salah satu CSR Suara Academy.

“Saya juga ada seorang pelajar yang menghidapi kanser sebelum ini dan pernah membuat keputusan untuk berhenti kerana perlu menjalani rawatan. Bila melihat mukanya yang sedih, saya yakinkan dia untuk terus datang seminggu sekali ke sini untuk berbual dan akhirnya dia teruskan sesi latihan.

“Alhamdulillah dia berjaya harungi kanser itu. Walaupun kini dia sudah pindah di Hong Kong, dia tidak pernah lupa dan sering mengirimkan hadiah kepada saya,” luah Mark

Dalam perkembangan lain, Mark akan tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi namun buat masa ini dia lebih memfokuskan pada lakonan atas sebab tawaran-tawaran yang diterima.

mark adamSuara Academy
https://lomp.at/lydpg
Share14Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore