Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Siapa Sangka ‘Frontliner’ Ini Sebenarnya Peserta Miss World Malaysia 2019

by Khai Azfar
April 15, 2020
Share on Facebook

Ketika para petugas barisan hadapan ‘frontliners’ sedang bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk membendung penularan wabak COVID-19, perhatian turut diberikan kepada salah seorang frontliner yang bertugas di Hospital Putrajaya.

Aktif Dalam Kerja Amal 

Siapa sangka, figura ini iaitu Dr Nisha Thayananthan sebenarnya salah seorang peserta Miss World Malaysia 2019. Menerusi perkongsian BERNAMA, Dr Nisha kini aktif membantu golongan memerlukan yang terkesan akibat wabak ini.

Sebelum ini, dia telah memandu ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Seremban, negeri kelahirannya, untuk mengagihkan sumbangan seperti beras, minyak masak dan susu.

“Saya dididik dengan prinsip memberi adalah lebih baik daripada menerima, terutama kepada golongan kurang bernasib baik. Ibu bapa saya menjadi inspirasi.

“Saya sudah lama sertai misi kemanusiaan, sepanjang perjalanan ini, saya telah bertemu ramai orang susah, terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Guna Wang Sendiri 

Dedahnya, sejak penularan COVID-19, ramai orang menghubunginya untuk mendapatkan bantuan malah Dr Nisha juga telah menggunakan wang sendiri bagi membantu mereka.

“Selalunya saya guna duit sendiri untuk membantu mereka dan meluangkan masa dengan kerja amal,”

Sebgai info, ibu kepada ratu cantik ini juga telah menguruskan rumah penjagaan orang tua serta pusat perlindungan haiwan terbiar di Petaling Jaya, Selangor. Difahamkan kadang-kala dia turut membantu ibunya dalam menguruskan pusat kebajikan ini.

“Semasa krisis ini, banyak pengorbanan dibuat oleh rakan-rakan saya demi menyelamatkan nyawa, bekerja siang dan malam selain terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang.

“Sebagai doktor, saya mahu semua orang berhati-hati dan duduk di rumah kerana kami sedang bertungkus lumus membasmi COVID-19,” katanya.

Dalam perkongsian BERNAMA, turut disertakan pautan e-mel Dr Nisha buat mereka yang ingin memberi sumbangan dengan menghubunginya menerusi nisha@live.com.my.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
covid-19Dr Nisha ThayananthanMiss World 2016
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  2. 2

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  3. 3

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara