Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Siapa Sangka, Nadeera Dihadiahkan Tulisan Komposer Lagu Justin Bieber

by Phic ARMAN
July 19, 2023
Share on Facebook

Pertandingan Big Stage musim ke-5 (BS5) yang baharu sahaja melabuhkan tirainya telah menyaksikan peserta bernama Nadeera Zaini, 30, dinobatkan sebagai juara. Dalam memacukan perjalanan seninya yang baharu sahaja bermula, label hiburan terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment menghadiahkan lagu baharu khas buat Nadeera sebagai penghargaan terhadap kemenangannya Menurut Pn. Azlin Reza Azmi, Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro,

“Sesungguhnya pihak Astro amat berbangga dengan kejayaan yang diraih oleh Nadeera. Sepanjang sepuluh minggu berentap, ramai telah menyaksikan kesungguhan serta kemampuan penyanyi ini yang sememangnya layak bergelar juara.

“Ternyata Big Stage merupakan tempat lahirnya bintang-bintang industri muzik baharu yang berkemampuan untuk mencapai kejayaan pada tahap internasional. Oleh itu, pihak Rocketfuel berbesar hati menghadiahkan sebuah lagu ciptaan komposer tersohor dari Korea Selatan, Hyuk Shin yang merupakan pencipta lagu ‘One Less Lonely Girl’ nyanyian penyanyi antarabangsa terkemuka, Justin Bieber. Kami berharap Nadeera mampu mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengan lagu yang bakal dirakamkan nanti.”

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd sememangnya menghargai bakat-bakat baharu yang lahir dari pertandingan realiti terutamanya terbitan Astro, dan sebagai tanda sokongannya terhadap industri muzik Malaysia, pendekatan sebegini selalunya diambil agar artis tersebut dapat berkembang lebih maju pada masa hadapan.

En. Prem Anand, Ketua Rocketfuel Entertainment, “Rocketfuel sememangnya memberikan sokongan dan galakan 100% untuk penggerak muzik pelapis baharu industri hiburan Malaysia agar mereka dapat pergi jauh lagi dalam kerjaya masing-masing, sekaligus menjadikan program Big Stage sebagai platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan agar program ini lebih maju ke hadapan dengan konten-konten yang bermutu dan berkualiti.

Sekadar info Hyuk Shin merupakan produser muzik dan penyanyi-penggubah lagu asal Korea Selatan, dan telah menubuhkan team A-Rex yang bertanggungjawab menciptakan lagu popular ‘One Less Lonely Girl’ nyanyian Justin Bieber pada tahun 2009 yang meledak. Beliau telah bekerja dengan ramai penyanyi antarabangsa K-pop yang terkenal sepert GFriend, EXO, Shinee, DEAN, Oh My Girl, Girls’ Generation, Monsta X, NCT, GOT7 dan SF9.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara