Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Siapa Saroja Devi? Pernah Cipta Rekod Jadi Heroin Untuk 161 Filem, Kini Pergi Buat Selamanya

by Phic ARMAN
July 14, 2025
Share on Facebook

Pagi-pagi lagi MURAI dah nampak berita sedih: Dunia perfileman India kehilangan seorang bintang besar, Bangalore Saroja Devi, yang meninggal dunia pada usia 87 tahun di rumahnya di Bengaluru pada 14 Julai 2025. Ramai yang sebak, ramai juga yang bertanya-tanya:

“Siapa sebenarnya Saroja Devi ni? Dan… kenapa dia digelar legenda?”

Soalan yang sangat bagus. Haa… sini MURAI nak cerita.

Dari Kisah Dongeng Jadi Ratu Layar Perak

Cerita hidup Saroja Devi ni macam filem juga. Bayangkan, umur baru 17 tahun, dia dah jadi heroin utama dalam filem Kannada Mahakavi Kalidasa (1955). Dari situ, karier dia terus menyala. Di Telugu, dia meletup dengan Panduranga Mahatyam (1957). Dan di Tamil? Dia jadi fenomena selepas bergandingan dengan M.G. Ramachandran (MGR) dalam filem mega Nadodi Mannan (1958).

Itu baru permulaan. Dari lewat 50-an sampai 80-an, muka Saroja Devi jadi wajah utama dalam 200 filem merentasi Tamil, Kannada, Telugu dan Hindi. Kalau zaman sekarang, dia ni kira A-list yang semua produser berebut nak ambil.

.

Rekod Yang Tak Masuk Akal

Salah satu sebab kenapa dia digelar legenda ialah kerana satu rekod yang sampai sekarang belum ada siapa pecahkan, dia jadi heroin utama dalam 161 filem berturut-turut antara 1955 sampai 1984. Bukan cameo, bukan pelakon sampingan. Semua watak utama.

Dan hebatnya, lepas kahwin pun dia tak berhenti. Zaman tu ramai pelakon wanita pilih untuk bersara selepas berumahtangga, tapi Saroja Devi terus aktif berlakon hingga pertengahan 70-an dalam Tamil, dan 80-an dalam Telugu & Kannada.

Diiktiraf Sebagai Ikon

Jasa dia tak terhenti di skrin je. Kerajaan India sendiri bagi pengiktirafan besar: Padma Shri (1969), Padma Bhushan (1992), doktorat kehormat dari Universiti Bangalore, dan Anugerah Kalaimamani dari kerajaan Tamil Nadu.

Kalau nak dirumuskan kenapa dia legenda, jawapannya mudah, beliau bukan sekadar pelakon yang cantik & berbakat, tapi seorang perintis yang buktikan wanita juga boleh jadi pusat industri, bertahan lama & dihormati.

Kini, selepas beliau pergi, tinggallah warisan, ratusan filem & inspirasi buat generasi baru untuk belajar dari seorang legenda sebenar.

Saroja Devi
https://lomp.at/3myq6
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @pabloamirul (IG)
Lokal

[VIDEO] Hitung Hari Bahagia, Pablo Amirul Bakal Bergelar Suami Februari Ini

by Nurul A.
January 19, 2026

Pelakon Pablo Amirul mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan berita gembira mengenai perancangan perkahwinannya dengan kekasih, Dr Hana Rose. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Ika Nabella Pernah Diajak ‘Dating’ Dengan Produser Untuk Dapat Watak Heroin Drama

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Ika Nabella turut mendedahkan sisi gelap industri seni sepanjang dirinya bergelar pelakon selepas tular hantaran Adriana Adnan yang pernah...

Read moreDetails
Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Spotlight

Makan Dalam! Izara Aishah Bersuara Isu Konsert Siti Nurhaliza Dianggap ‘Boring’

by Zaidin Albert
January 14, 2026

Isu “boring concert” tiba-tiba menjadi buah mulut netizen selepas posting Izara Aishah di Threads menarik perhatian ramai. Dalam posting itu,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore