• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Viral

Siapa Sebar CCTV Faisal Halim Kena Simbah Asid? Polis Cari Penyebar Bukti Kes Yang Masih Dalam Siasatan

by Puteri Alia
May 23, 2024
Share on Facebook

Polis Selangor telah membuka kertas siasatan untuk mengesan pihak yang menyebarkan rakaman video CCTV yang memaparkan kejadian simbah asid melibatkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa video tersebut adalah bahan bukti dalam kes yang masih disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Menurut Datuk Hussein, kes ini disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan berikutan pendedahan maklumat yang tidak sah.

“Subseksyen (1) boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya. Subseksyen (2) menyatakan bahawa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat yang telah didedahkan secara tidak sah boleh dikenakan hukuman yang sama,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. Jika disabitkan kesalahan, individu yang terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

“Individu juga boleh dikenakan denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” tambah Hussein.

Datuk Hussein menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video tersebut dan menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

“Polis memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang sengaja menyebarkan video, sekaligus mengganggu siasatan,” tegasnya.

Video rakaman CCTV yang memaparkan kejadian simbah asid ke atas Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Kejadian tersebut berlaku pada 5 Mei lalu dan telah menarik perhatian ramai. Datuk Hussein juga mengesahkan ketulenan video terbabit ketika dihubungi.

Polis kini dalam usaha untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan video CCTV tersebut, yang merupakan bahan bukti penting dalam siasatan.

"Patut lah Layan Aku Macam Sampah" – Perkongsian Isteri Faisal Halim Cetus Tanda Tanya!

Langkah ini penting untuk memastikan proses siasatan tidak terganggu dan keadilan dapat ditegakkan. Orang ramai diingatkan untuk tidak menyebarkan video berkenaan dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dengan lancar.

faisal halimfaisal halim asid
https://lomp.at/52sd0
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Viral

Penggemar Video Sundal Gelarkan Tertuduh, ‘Daddy Ash’ Sebagai Sifu, – “Bagi Tips Mahaguru”

by Zaidin Albert
January 26, 2024

Tertuduh yang dikenali dengan nama 'Daddy Ash' atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 merupakan individu yang di...

Read moreDetails
Lokal

100% Wajah Sama Dengan Artis, Kembar Pakya Sepahtu Merupakan Seorang Pengetua Sekolah

by Puteri Alia
April 7, 2023

Wajah pelanduk dua serupa dalam kalangan selebriti tanah air ini bukanlah satu hal yang pelik lagi, bahkan ada yang hampir...

Read moreDetails
Viral

Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

by Jash Lee
September 12, 2023

Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey masih hangat lagi dibincangkan sehingga ke hari...

Read moreDetails
Spotlight

Keluarga Ghazali Menang Besar, Rangkul Juara

by Ayu Kamaruddin
December 8, 2025

Keluarga Ghazali sekali lagi membuktikan dominasi mereka dalam arena Muay Thai apabila dua beradik, Elias Ghazali bin Zulfikar atau lebih...

Read moreDetails
Gossip

“Senang Betul Jadi Lelaki Zaman Sekarang Ni..”-Abby Abadi Komen Isu Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan?

by Naddy Joe
March 27, 2024

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai bekas pemain bola kebangsaan yang membuat pengakuan sudah berkahwin dengan wanita lain. Selain...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore