Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Pelakon Korea Paling Lama Dalam Industri Meninggal Dunia Di Usia 91 Tahun

by Phic ARMAN
November 25, 2025
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Dunia hiburan Korea Selatan berduka apabila pelakon veteran yang dihormati, Lee Soon-jae, dilaporkan meninggal dunia pada Selasa pada usia 91 tahun. Keluarganya mengesahkan pemergian bintang besar yang telah mewarnai industri seni lebih enam dekad ini.

Legenda Dengan 140 Drama & Puluhan Filem

Lee Soon-jae bukan nama biasa, beliau dianggap antara aktor paling prolifik dalam sejarah hiburan Korea. Sepanjang kariernya, beliau muncul dalam kira-kira 140 drama televisyen, selain banyak filem dan teater yang menjadikannya ikon generasi demi generasi.

Dilahirkan pada tahun 1934 di Hoeryong (kini sebahagian Korea Utara), keluarganya berhijrah ke Seoul sebelum Perang Korea.

Detik Gemilang Yang Mengangkat Namanya

Sebut saja Lee Soon-jae, ramai peminat lama segera teringat peranannya dalam drama keluarga mega hit “What Is Love?” (1991–92). Drama ini pernah mencapai tontonan sehingga 65%, dan watak ayah yang tegas serta penuh tradisi benar-benar mengukuhkan statusnya sebagai pelakon hebat dalam naskhah kekeluargaan.

Beliau juga sinonim dengan drama sejarah Korea, antaranya:

  • “Hur Jun” (1999) sebagai doktor Yoo Ui-tae yang berprinsip
  • “Sangdo” (2001)
  • “Lee San” (2007)

Masuk usia 70-an, Lee Soon-jae masih membuktikan versatilitinya dengan menyertai sitcom popular seperti “High Kick!” (2006) dan “High Kick Through the Roof” (2009), yang memperkenalkan beliau kepada generasi peminat lebih muda terutama melalui karakter komedinya yang cukup ikonik.

View this post on Instagram

Beliau juga muncul dalam rancangan realiti perjalanan “Grandpas Over Flowers”, yang melonjakkan lagi populariti beliau sebagai figura yang disayangi ramai.

Pemergian Lee Soon-jae meninggalkan satu kekosongan besar dalam industri hiburan Korea. Dengan karier lebih 60 tahun, dedikasinya kepada seni dan kemampuan beradaptasi dalam pelbagai genre menjadikannya figura yang sukar diganti.

Salam takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat beliau di seluruh dunia. Seni Korea telah kehilangan seorang lagenda — tetapi karya beliau akan terus hidup dalam ingatan jutaan peminat.

Lee Soon-jae
https://lomp.at/7acew
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore