Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Netizen Terkejut, Tiba-tiba Sahaja Malaysia Hantar Wakil Miss Universe Ke-72 di El Salvador,- “Sejak Bila Ada Pertandingan?”

by Phic ARMAN
August 28, 2023
Share on Facebook

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Malaysia sudah menobatkan Miss Universe Malaysia tahun 2023.

Ia berikutan dari akaun Instagram rasmi Miss Universe Malaysia yang mengumumkan Serena Lee sebagai pemenang yang akan mewakili Malaysia pada acara Miss Universe ke-72 di El Salvador.

Serena Lee

“Tahniah Malaysia. Mempersembahkan Miss Universe Malaysia 2023 yang baru dinobatkan, Cik Serena Lee. Kemenangan anda adalah bukti kuat keberanian, kekuatan dan pemerkasaan wanita yang anda lakukan,”- tulis kapsyen yang dimuat naik itu.

Poppu Capella selaku pemilik Capella Swastika Karya yang pernah memegang lesen Miss Universe Indonesia dan Malaysia turut mengulas dengan memberikan emoji mata hati.

VIA Instagram

Netizen Persoalkan

Bagaimanapun, kemenangan Serena Lee tidak mendapat sambutan yang baik. Di ruangan komen, ramai yang mempersoalkan proses pemilihan Serena Lee, kerana tiada angin dan ribu, tiba-tiba saja sudah ada pemenang.

“Saya mendengar daripada salah seorang peserta, bahawa mereka memilih seorang gadis berdasarkan hubungan dan berbohong kepada semua finalis semasa minggu peraduan!!!,” tulis @pira ***.

“Bila malam final? Kenapa tiba-tiba menang,” kata @axel ***.

“Tiada finalis diumumkan dan seseorang telah dinobatkan sebagai ratu,” tambah @adv ***.

Kontroversi

Sekadar info, pada 8 Februari 2023, sebuah organisasi Miss Universe Malaysia yang baharu telah ditubuhkan di bawah pemilikan yang sama dengan Miss Universe Indonesia. Lesen itu dimiliki bersama oleh artis Indonesia, Datin Wira Poppy Capella Swastika, yang juga pengarah kebangsaan pertandingan itu di bawah Just Capella Sdn. Bhd. pengurusan.

Bagaimanapun pada 12 Ogos 2023, Pertubuhan Miss Universe (MUO) memutuskan untuk membatalkan pertandingan Miss Universe Malaysia 2023 hampir sejurus selepas kontroversi berlaku dalam Miss Universe Indonesia.

MUO juga menamatkan kontrak francais mereka dengan Datin Wira Poppy Capella sebagai pemilik dan pengarah negara untuk kedua-dua Miss Universe Malaysia dan Indonesia

Pembatalan itu adalah susulan daripada kes dakwaan gangguan seksual yang berlaku semasa proses Miss Universe Indonesia.

“PT Capella Swastika Karya dan pegawai tertingginya tidak akan meneruskan Miss Universe 2023, dan tidak akan menerima lanjutan kontrak dengan organisasi kami. Kami akan membatalkan Miss Universe 2023,” kata kenyataan Pertubuhan Miss Universe ketika itu.

Poppy Capella SwastikaSerena Lee
https://lomp.at/4rfte
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore