Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Sidang Kemuncak ASEAN: KLIA T2 Dalam Mod Sibuk! Ini Info Penting Buat Penumpang AirAsia!

by Aphit J.
October 25, 2025
Share on Facebook

Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung hujung Oktober ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan penutupan jalan secara berperingkat serta lencongan trafik ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) bermula 26 hingga 28 Oktober 2025.

Latihan percubaan turut dijadualkan dari 23 hingga 25 Oktober bagi memastikan kelancaran urusan keselamatan sepanjang tempoh acara bertaraf antarabangsa ini.

Langkah ini dijangka memberi kesan kepada aliran trafik utama sekitar Sepang dan Putrajaya.

Rancang Perjalanan Lebih Awal

via Harian Metro

Dalam kenyataan rasmi, AirAsia menasihatkan semua penumpang yang akan berlepas atau tiba di KLIA T2 sepanjang tempoh tersebut supaya merancang perjalanan lebih awal.

Para tetamu digalakkan menggunakan pengangkutan awam alternatif seperti Express Rail Link (KLIA Ekspres atau KLIA Transit) bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan akibat penutupan jalan.

Antara laluan yang dijangka terjejas termasuk Lebuhraya KLIA, ELITE (KLIA–Putrajaya), MEX, dan KL–Seremban yang mungkin mengalami lencongan atau penutupan sementara bagi memberi laluan kepada kenderaan rasmi peserta sidang kemuncak.

Tiba Awal di Lapangan Terbang

AirAsia turut mengingatkan penumpang untuk tiba sekurang-kurangnya dua jam lebih awal bagi penerbangan domestik dan tiga jam sebelum penerbangan antarabangsa.

Ini penting bagi mengelakkan terlepas penerbangan akibat kelewatan lalu lintas.

Kaunter daftar masuk di KLIA T2 akan ditutup satu jam sebelum waktu berlepas, dan semua penumpang digalakkan menggunakan daftar masuk kendiri melalui aplikasi AirAsia MOVE, yang boleh dilakukan dari 14 hari sehingga satu jam sebelum berlepas.

Topik Berkaitan ASEAN Foundation Lancar 'Scam Ready ASEAN', Tangani Peningkatan Penipuan Dalam Talian

Kekal Peka Dengan Maklumat Terkini

via KLIA2 Info

Untuk memastikan perjalanan berjalan lancar, para penumpang boleh menyemak status penerbangan secara langsung di airasia.com/flightstatus serta mendapatkan maklumat perjalanan terkini melalui aplikasi AirAsia MOVE atau laman web rasmi AirAsia.

Kerjasama orang ramai amat dihargai dalam memastikan kelancaran trafik dan keselamatan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang menjadi tumpuan utama rantau ini.

Jadi, rancang perjalanan anda dengan bijak — lebih awal, lebih tenang!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasiaASEANSidang Kemuncak ASEAN
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  2. 2

    Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  4. 4

    [VIDEO] Luahan Engku Emran Tentang Pergaulan Anak Raih Perhatian- “Saya Takut Apabila Anak…”

  5. 5

    Graduan Muzik Beribu, Tapi Citrawarna 2026 Pilih AI? Eric Fuzi Luah Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara