Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Peniaga Kesal Doktor Tak Beri Kerjasama Tunjuk Sijil Digital MySejahtera

by Puteri Alia
August 23, 2021
Foto - The New Sarawak/Free Malaysia Today

Foto - The New Sarawak/Free Malaysia Today

60
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial di mana seorang pengguna di laman Twitter berkongsi keluhannya mengenai sikap seorang pelanggan yang berstatus doktor, tidak memberi kerjasama untuk menunjukan sijil digital vaksinasi untuk memasuki kedai.

Doktor Tak Beri Kerjasama Tunjuk Sijil Digital

Dipetik dari laman Twitter @zakuanlah, pengguna media sosial ini berkongsi kisah dirinya yang menjaga pintu kedai di mana salah seorang pelanggannya bersikap endah tak endah apabila di minta menunjukan sijil digital MySejahtera.

“Tadi jaga pintu kedai dan sekarang memang kena periksa pelanggan punya MySejahtera. Jadi saya jumpa wanita ini dan ianya jadi macam ni:-

Saya: “Hai boleh saya lihat sijil vaksinasi?

Wanita tersebut: “Saya seorang doktor, saya dah lengkap divaksinasi”

Pengguna media sosial tersebut meluahkan rasa kesal kerana pelanggannya berstatus doktor itu tidak mahu menunjukan sijil tersebut walhal ianya adalah SOP yang perlu dilaksanakan.

Foto – Twitter

Tunjuk Sijil Setelah Disoal Kali Kedua

Penjaga kedai tersebut tidak melepaskan pelanggan tersebut masuk ke dalam kedai, dan meminta untuk melihat sijil digital vaksinasi buat kali kedua dan barulah pelanggan tersebut menunjukannya.

“Bagi yang bertanya, saya cuma ulang soalan saja “boleh saya lihat sijil vaksinasi anda?”

Dia buka MySejahtera dengan endah tak endah, mungkin tak puas hati sebab saya bertindak “saya tidak kisah siapa anda, saya cuma lakukan tugas saya”.

Tapi ini saya la, lepas dia cakap dia “DOKTOR”

Netizen Luah Rasa Marah

Wargamaya yang melihat tweet tersebut masing-masing meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap individu sebegitu, yang mempamerkan status mereka kerana tidak mahu menunjukan sijil digital sebelum memasuki kedai.

“Awak doktor di hospital. Dekat sini awak pelanggan. Sama macam orang lain.”

“Lain kali cakap dengan dia, pakai PPE penuh dengan steth dekat leher tau, baru tahu dia DOKTOR. Kalau tak ada steth kang orang ingat dia yang uruskan jenazah. Pfffffffff so bloody what if you’re a doctor?????!”

Foto – Twitter

Ada juga pengguna Twitter yang lain berkongsi pengalaman yang lebih kurang serupa dengan pengguna tweet tersebut, masing-masing terkilan dengan sikap segelintir pelanggan yang tidak mahu memberi kerjasama sebelum memasuki kedai.

“Jaga pintu kedai memang mencabar bang, lagi-lagi masa PKP pertama aku kena marah sebab suruh pakai pelitup muka.”

“Saya kena marah sebab suruh imbas MySejahtera, dia cakap “alah kejap je pun”

Orang ramai harus bersikap bertanggungjawab melaksanakan SOP, walau di mana jua anda berada tanpa mengira pangkat mahupun status pekerjaan di masa pandemik ini.

[VIDEO] “Hari Pertama Jadi ‘Bahan Assignment’?”- Pesakit Dikerumuni Pelajar Perubatan Undang Tawa Netizen
doktorMySejahterapeniagaSijil Digitalvaksinasi
https://lomp.at/ek33b
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
Foto - @anzalnanasir88 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”

by Nurul A.
January 13, 2026

Pelakon jelita Anzalna Nasir mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bercuti bersama keluarga di Jepun baru-baru ini. Walaupun ramai...

Read moreDetails
Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG)
Lokal

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf

by Nurul A.
January 30, 2026

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani...

Read moreDetails
Foto - @iamellymazlein (IG)
Lokal

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

by Nurul A.
January 23, 2026

Pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila mendedahkan dia telah menerima pujian daripada pendakwah Ustazah...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore