Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Sindir Nabila Razali? Fazley Yaakob Tampil Nasihat Buat Hafiz Hamidun

by Khai Azfar
March 15, 2021
Share on Facebook

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun teruk dikecam oleh netizen selepas memuat naik ciapan ciapan mengenai Nabila Razali yang menyanyikan lagu Peluang Kedua, di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 35 malam tadi.

Hafiz Hamidun Perli Nabila Razali?

Biarpun tidak menyatakan nama penyanyi tersebut, namun netizen menganggap ciapan berunsurkan sindiran itu jelas ditujukan buat Nabila selepas dia sekali lagi mengalami insiden terkucil ketika membuat persembahan. Bagaimanapun, ciapan tersebut telah pun dipadam Hafiz tidak lama kemudian sebelum sempat ditangkap layar oleh netizen di laman Twitter.

Fazley Yaakob Titip Pesanan

Rata-rata daripada mereka mengutuk tindakan komposer itu yang kononnya merendahkan Nabila dan menganggap sebagai seorang yang berpengalaman dia seharusnya berkongsi pandangan dan nasihat yang lebih baik buat penyanyi itu. Dalam pada itu, Chef selebriti yang juga pelakon dan penyanyi, Dato Fazley Yaakob menerusi laman Twitter nya turut menyatakan pandangan terhadap ciapan Hafiz kepada Nabila.

Pesan Fazley, sebagai figura yang dikenali dan dihormati, individu tersebut seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk turut menghormati orang lain dan bukanlah bersikap lupa diri. Malah dalam ciapan nya itu, pemilik SukaSucre Bistro ini turut membetulkan kembali ciapan Hafiz kepada sesuatu yang lebih baik.

“Kadang-kadang bila sudah menjadi orang yang dihormati kita lupa untuk menghormati orang yang perlu diberi peluang untuk belajar berkali-kali. #Whoarewetojudge #thereivefixedit” tulis Fazley

Dalam pada itu, Nabila menerusi hantaran di media sosial nya memohon maaf kepada semua peminat terutama kepada komposer lagu itu, Hael Husaini dan MFMF kerana gagal membawakan Peluang Kedua dengan baik.

Topik Berkaitan Misha Omar Tak 'Koyak' Kena ‘Sound’ Nampak Tua & Dah Tak 'Famous'

Rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat buat Nabila supaya tidak berputus asa dan menganggap ia adalah lumrah sebagai seorang penyanyi untuk mengalami kejadian seumpama itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dato fazley yaakobHafiz HamidunHafiz Hamidun Nabila Razalinabila razali
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara