• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Sissy Iman Dianggap Saingan Aisyah Aziz? Ini Penjelasannya

by Khai Azfar
February 11, 2019
Share on Facebook

Sissy Iman, 23 yang juga seorang guru muzik kini sudah mempunyai lima single iaitu Jatuh, Benar Ku Tak Bohong, Entah Apa Rasa dan Mungkin Kamu, sebelum tampil dengan single terbaharunya yang berjudul Pesanan Ayahanda.

Lagu Khas Buat Bapa 

Sissy ketika ditemui murai.my ketika majlis pelancaran lagunya itu berkata Pesanan Ayahanda merupakan single yang begitu bermakna buat dirinya kerana ianya ditujukan khas buat bapa tercinta, Mohammad Kamil Moustaffa. Lebih manis, lagu yang bergenre bossanova dan pop ini telah dihasilkan Sissy sendiri bersama mentornya, Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong dan Romeo.

“Sissy sebenarnya mempunyai dua buah lagu yang ditujukan khas buat bapa sebelum pilih Pesanan Ayahanda sebagai single keenam. Kenapa bapa, sebenarnya kalau kita tengok banyak lagu untuk ibu telah dicipta tetapi untuk bapa tidak bapa dan boleh dikira berapa sahaja”

Anggap Genre Berbeza Dengan Aisyah Aziz

Dalam perkembangan lain, Sissy ketika ditanya mengenai tanggapan netizen sebagai saingan kepada penyanyi Aisyah Aziz berkata, dia dan penyanyi itu masing-masing punyai kelebihan dan perbezaan masing-masing. Malah menurut Sissy dia sama sekali tidak marah jika dibandingkan dengan Aisyah kerana peminat punyai tanggapan yang berbeza dan menghormati pendirian masing-masing.

‘Sissy sangat meminati Aisyah sebenarnya. Dia adalah seorang penyanyi yang berani dan mempunyai karakter vokalnya tersendiri dan Sissy rasa kedua-dua kami punyai kekuatan yang berbeza.Mengenai perbandingan, Sissy tidak marah kerana itu merupakan hak individu’

Video muzik rasmi Pesanan Ayahanda kini boleh dilihat di saluran Youtube Faithful Music selain boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes.

YouTube video
Sissy Iman Dedah Amira Othman Tak Pernah Tinggal Solat, Sanggup Tahan Diri Demi Wuduk
sissy imanSissy Iman Pesanan Ayahanda
https://lomp.at/nddm2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

“Pulangkan Cawan Saya!” – Sweetnya Nora Danish & Mickey Ayo

by Zaidin Albert
October 15, 2025

Haa… nampaknya ada couple baru yang sedang jadi perhatian netizen sekarang, Nora Danish dan jejaka kacak dikenali sebagai Mickey Ayo!...

Read more
Gossip

Sufi Rashid Kesal Sabronzo Dikecam Isu Kahwin-“Dia Tak Buat Salah Pun, Kahwin Kot..”

Penyanyi, Sufi Rashid meluahkan rasa kesal melihat ahli kumpula DOLLA iaitu Sabronzo yang dikecam netizen selepas mendirikan rumah tangga bersama...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Gossip

KRU Beri ‘Hint’ Juliana Banos Akan ‘Perform’ Di Konsert GenKRU Finale?

Kumpulan muzik pop dan hip hop terkenal, KRU mencetuskan rasa teruja netizen apabila memuatnaik satu foto di media sosial, baru-baru...

Read more
by Naddy Joe
November 18, 2025
Gossip

Iman Troye Kongsi Foto Jejaka Misteri, Ada Yang Dakwa Gimik Lagu Baru?

Perkongsian terbaharu penyanyi, Iman Troye di akaun TikTok miliknya mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen, Menerusi hantaran tersebut, Iman Troye...

Read more
by Naddy Joe
December 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  2. 2

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore