Perkongsian anak perempuan kepada pelawak dan pengacara terkenal, Sharifah Shahirah iaitu Oddah mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Oddah atau Auddra Zulkifli di TikTok dilihat melakukan trend TikTok ‘Scuba Dance’ bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di kediaman beliau.
“Scuba guys.”-kapsyen Odda di TikTok
@auddratok2.0 Scuba guys
“Oddah Kenapa Rosakkan TokTi Kami Ni..”
Perkongsian Oddah mencuri perhatian netizen selepas dilihat melakukan trend TikTok bersama Siti Nurhaliza, malah ramai yang berseloroh menyifatkan Biduanita sudah ‘rosak’ apabila bersama ‘anak angkatnya’ itu.
“Pengaruh rakan tak sebaya.”
“Daymm another level dah TokTi sekarang 😭.”
“Amboi Odah, untuk yee, dah jadi anak angkat, artis bawah SNP, selalu dapat jumpa kesayangan ramai.”
“TokTi ni dari muda pergerakan dia lembut sopan jaa.”
“Lepas ni tak tahu apa lagi. TokTi jaga diri bebaik tau.”
“Odda kenapa rosakkan TokTi kami ni 😂😅.”
Sekada info, Oddah merupakan salah seorang artis yang bernaung di bawah pengurusan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Oddah merupakah anak perempuan kepada Sharifah Shahirah bersama pelakon Ijoy Azhari sering mencuri perhatian netizen di media sosial selepas kemunculannya di pentas program Talk To My Manager.






