Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Siti Sairah Tegur Perbuatan Buruk Sihir, Tapi Rahsiakan Siapa Disasarkan

by Puteri Alia
November 20, 2025
16
KONGSIAN
Share on Facebook

“Apa yang saya tulis itu adalah luahan yang terpendam dan bila sudah diluah, biarlah ia berlalu,” ujar penyanyi Siti Sairah, 42, ketika diminta mengulas tentang hantaran berbentuk teguran pedas yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini. Walaupun ramai netizen cuba meneka individu yang dimaksudkan, Sairah memilih untuk tidak mendedahkan sesiapa. Baginya, apa yang diluah sudah memadai dan tidak perlu diperpanjangkan.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran single sulung anaknya, Ahmad Dayyan atau Amad, penyanyi itu menegaskan bahawa identiti individu tersebut biarlah menjadi rahsia. Namun ketika ditanya sama ada hantaran itu berbaur amaran kepada mereka yang mempunyai rasa hasad dengki, Sairah tidak menafikannya. Menurutnya, semua manusia tidak dapat lari daripada berdepan individu berperasaan negatif, tetapi apa yang penting adalah bagaimana mereka menguruskan emosi tersebut.

Sairah menjelaskan bahawa sejak dulu lagi dia mengajar anak-anak untuk sentiasa bersangka baik terhadap orang lain kerana dirinya sendiri jarang sekali memandang negatif sesiapa. Katanya, mereka yang menyimpan hasad dengki patut segera menyedari bahawa perasaan itu tidak membawa apa-apa manfaat bahkan boleh memakan diri.

Dalam masa yang sama, Sairah mengakui bahawa dia sentiasa melindungi keluarganya daripada sebarang perkara buruk. Insiden tertentu yang berlaku kebelakangan ini membuatkannya lebih berhati-hati, meskipun dia sentiasa cuba melihat sisi baik setiap orang. Katanya, pengalaman yang dialami membuatkan dirinya kini lebih berjaga-jaga dalam menilai sesiapa di sekeliling.

Hantaran Sairah di Instagram sebelum ini meminta seseorang menghentikan niat serta perbuatan buruk, sambil mengingatkan bahawa Allah masih melindungi aib individu tersebut. Teguran itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya, lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan nasihat agar tidak berpaut kepada unsur syirik.

[VIDEO] Siti Sairah Kongsi Keadaan Amad Sebelum 'Perform' Di TTMM-"Bahu Amad Jadi Berat & Sakit.."

Spekulasi semakin hangat apabila insiden melibatkan anaknya, Amad, turut berlaku dalam tempoh yang sama. Terdahulu, Amad dilaporkan menahan kesakitan dan rebah ketika persembahan akhir program Talk To My Manager, sebelum disambut kru bertugas. Kejadian itu kemudian mencetuskan pelbagai andaian termasuk dakwaan bahawa Amad mungkin berdepan gangguan mistik, sekaligus membuatkan hantaran Sairah mencuri perhatian ramai.

siti sairah
https://lomp.at/w3ec3
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Anzalna Nasir Kongsi Momen Lucu Bercuti Di Jepun, Peminat Komen-“Rasanya Saya Kena Belajar..”

by Naddy Joe
January 19, 2026

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir ketika bercuti di Jepun sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen lucu mereka sekeluarga pernah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
Lokal

Adam Shahz 7 Bulan Tiada Tawaran Berlakon, Persoal Rakan Mahu Pinjam Wang-“Apa Yang Dia Nampak Kat Aku..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Adam Shahz mempersoalkan tindakan salah seorang rakannya yang difahamkan seorang pelakon mahu meminjam wang daripadanya, baru-baru ini. Kongsi Adam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore