Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Sofia Iman Buka Tirai KLFW 2025 Dengan Sentuhan Warisan Dan Gaya Moden

by Aphit J.
August 9, 2025
Share on Facebook

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 dimulakan dengan penuh bergaya apabila jenama tempatan yang kian meningkat naik, Sofia Iman, membuat kemunculan sulung yang cukup memukau.

Kolaborasi Eksklusif Bersama Suria KLCC

via Suria KLCC

Dalam kolaborasi eksklusif bersama Suria KLCC, pertunjukan pembukaan rasmi pada 4 Ogos lalu bertemakan ‘Heritage Reimagined, Style Redefined’ menjadi sorotan utama minggu fesyen tersebut.

Dengan lebih 500 tetamu hadir, acara ini bukan sekadar pertunjukan fesyen, tetapi juga satu penghormatan terhadap seni kraf warisan Malaysia.

Bayangkan suasana glamor dengan tetamu-tetamu anggun berbusana songket dan batik, diserikan pula dengan kehadiran tokoh-tokoh penting seperti Pengasas KLFW, Encik Andrew Tan dan CEO Kumpulan KLCC, Datuk Sr Mohd. Salem Kailany.

Apa yang menjadikan pertunjukan ini lebih istimewa adalah penyatuan lapan pereka hebat seperti ABU, Jimmy Lim, FUZA by Fuzana Mokhtaza dan lain-lain, yang memberi interpretasi segar terhadap warisan tekstil kita, terutamanya songket Terengganu.

Fesyen Yang Sangat Relevan Dengan Cita Rasa Kini

via Suria KLCC

Gabungan teknik tenunan tradisional dengan potongan moden menjadikan koleksi Sofia Iman bukan sahaja anggun, malah sangat relevan dengan cita rasa fesyen masa kini.

Menurut Francis Tan, CEO Suria KLCC, kolaborasi ini mencerminkan komitmen mereka dalam menyokong pereka tempatan dan memperkenalkan budaya Malaysia kepada dunia.

Beliau turut menyatakan rasa bangga melihat perjalanan Sofia Iman yang bermula dari ruang promosi kecil di Suria KLCC pada 2008 kini berdiri megah membuka tirai KLFW 2025.

Topik Berkaitan Rahsia Di Sebalik 1.71 KM Batik Hiasi Suria KLCC, Bukan 'Designer' Biasa-Biasa!

Satu Pencapaian Besar

via Suria KLCC

Bagi Puan Faralina Binti Abdul Wahab, pengasas Sofia Iman, peluang membuka pertunjukan pertama di KLFW adalah satu pencapaian besar.

Ini adalah kemuncak dedikasi kami selama bertahun-tahun dan bukti bahawa interpretasi moden terhadap songket kini diterima luas.

Pertunjukan ini bukan sahaja menjadi pembuka tirai yang mempesona, tetapi juga memberi harapan baru kepada pereka tempatan untuk terus mengetengahkan seni warisan dalam fesyen kontemporari.

Dengan lebih 55 pereka akan tampil sepanjang minggu, KLFW 2025 nyata menjanjikan sambutan luar biasa terhadap identiti dan kreativiti Malaysia.

Nak tahu lebih lanjut? Layari www.suriaklcc.com.my dan facebook.com/SuriaKLCCMall.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Sofia Iman
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara