Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sophia AlBarakbah Hadir Beri Sokongan Buat Peserta GV10 , Aliff Aziz Akui Dirinya Tiada Hak Untuk Halang

by Puteri Alia
October 9, 2023
Share on Facebook

Penyanyi Aliff Aziz menegaskan kehadiran aktres jelita, Sophia AlBarakbah ke konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (GV10) semalam adalah di luar bidang kuasanya sebagai seorang peserta.

Menyedari kehadiran Sophia, pemilik nama penuh Mohammad Aliff Aziz, 32, memberitahu semua individu bebas untuk hadir ke konsert tersebut tanpa sebarang sekatan.

“Saya nampak dia (Sophia) dan mungkin datang untuk menemani sepupunya, penyanyi Aisha Retno yang membuat persembahan untuk GV Live+.

“Ini konsert terbuka yang boleh dihadiri oleh semua orang. Takkanlah saya nak cakap dia tak boleh datang, orang itu dilarang hadir.

“Mungkin dia hadir untuk berseronok menyaksikan konsert minggu ini. Saya perasan dia datang pun masa saya naik pentas dan nak mula nak menyanyi,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff yang juga bekas juara GV8 enggan memberi terlalu banyak komen mengenai kehadiran aktres tersebut kerana dikhuatiri boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan orang ramai.

“Untuk saya beri komen banyak mengenai apakah perasaan melihat kehadirannya adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan pun.

“Sebab sebarang jawapan yang saya beri hanya akan mengundang orang ramai membuat sebarang spekulasi mengenai semua perkara yang tidak sepatutnya,” ujarnya.

Suami kepada pelakon Bella Astillah itu juga berkata, tugasnya hanyalah sebagai seorang peserta yang berjuang untuk memberikan persembahan terbaik di atas pentas.

“Untuk saya, berada di atas pentas hanyalah menjalankan tanggungjawab sebagai peserta dan menyampaikan lagu tugasan dengan sebaik mungkin.

“Selebihnya, adalah di luar bidang kuasa saya untuk bercakap banyak. Persoalan siapa yang hadir, untuk apa mereka datang, itu bukan sebahagian daripada tugas seorang peserta.

“Saya tiada apa-apa komen kot untuk perkara ini. Saya berada dalam bidang dan industri yang sama dengan dia, pusing-pusing kita akan berjumpa dengan orang yang serupa juga,” katanya lagi.

Sekitar Januari lalu, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Bella Astillah.

Rindu Cucu Tak Pernah Padam, Ibu Aliff Aziz Luah Harapan Bertemu Semula Ayden dan Ara di Akhirat

Bella turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan dia mengganggu Aliff.

Terdahulu, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

aliff azizSophia AlBarakbah
https://lomp.at/m9lk7
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @sharnaazahmad (IG)
Lokal

[VIDEO] Cipta Trend “Takut Bini”, Sharnaaz Ahmad Beri Teguran- “Hormati Tapi Tak Perlu Takut”

by Nurul A.
January 6, 2026

Disebabkan oleh trend "takut bini" yang dihasilkan oleh segelintir pencipta kandungan di media sosial, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi teguran...

Read moreDetails
Foto - @anzalnanasir88 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”

by Nurul A.
January 13, 2026

Pelakon jelita Anzalna Nasir mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bercuti bersama keluarga di Jepun baru-baru ini. Walaupun ramai...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Mentua Sharifah Shahora Meninggal Dunia

by Naddy Joe
January 8, 2026

Ibu mentua kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Shahora iaitu YM Tengku Julia Binti Tengku Mahmud telah pergi mengadap Illahi pada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore