Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

‘Soundcircus Festival 2023’ Berlangsung Hebat!

Festival Muzik Terbesar Tahunan Tanah Air Hari Gamatkan Dewan MAEPS, Anjuran Art Of Speed Malaysia, BRO Asia & Harley-Davidson

by Aphit J.
August 5, 2023
Share on Facebook

Sekali lagi, Art Of Speed Malaysia (AOSM) dengan kerjasama peranti elektronik, BRO Asia dan kali ini jenama motosikal berkuasa tinggi, Harley-Davidson, berjaya menarik lebih dari 6,000 pengunjung.

Festivaal Muzik Terbesar Tanah Air

via JoePrc International Joeprc Publicist

Perkara ini terjadi sewaktu berlangsungnya festival muzik terbesar tanah air iaitu ‘SOUNDCIRCUS FESTIVAL 2023’ selama 2-hari berturut-turut di MAEPS, Serdang pada 29 dan 30 Julai 2023 baharu-baharu ini.

“SOUNDCIRCUS FESTIVAL pada kali ini telah menyaksikan lebih 6,000 penggemar muzik bergenre rock punk dan ska berhimpun pada kedua-dua hari festival muzik ini berlangsung.

Persembahan Bertenaga

via JoePrc International Joeprc Publicist

SOUNDCIRCUS FESTIVAL yang dijana oleh Harley-Davidson dan BRO Asia telah menyaksikan barisan kugiran ulung membuat persembahan bertenaga seperti Superman Is Dead, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Sindicate.

Di antara segmen khas yang ditampilkan ketika berlangsungnya SOUNDCIRCUS FESTIVAL merupakan acara ‘Battle Of The Bands’ anjuran Harley-Davidson dengan hadiah berupa pakej ke Thailand bagi membuat persembahan di pentas utama Asia Harley Days yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.

SOUNDCRICUS FESTIVAL telah berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung dan mereka sangat berpuas hati dengan kejayaan AOSM dalam mengendalikan festival muzik ini sekaligus dapat mempromosikan produk kepada lebih ramai pengguna.

Mengukuhkan Jenama

via JoePrc International Joeprc Publicist

Menurut En. Sajeev Rajasekharan, Pengarah Urusan – Pasaran Pembangunan Asia & India, Harley-Davidson Motor Company, dia menzahirkan rasa gembira kerana menjadi sebahagian dari festival muzik dan penaja utama selain dapat mengukuhkan lagi kehadiran jenama mereka di AOSM.

Tambahnya lagi, selain dari itu, mereka memperoleh kepentingan strategik dan bertindak sebagai platform utama untuk komuniti dan penggemar Harley-Davidson dapat kumpul bersama.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Art Of Speed MalaysiaSOUNDCIRCUS FESTIVAL 2023
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara