Tahniah kepada semua calon SPM 2025! Debaran keputusan sudah berakhir, dan kini masanya untuk anda “self-reward” dengan pelbagai tawaran menarik. Debaran SPM 2025 akhirnya berakhir, dan tiba masa untuk pelajar “self-reward” selepas berhempas pulas menghadapi peperiksaan besar .
Oleh itu, pelbagai jenama popular di Malaysia tampil meraikan momen ini dengan menawarkan makanan, minuman hingga hadiah percuma khas buat pelajar. Sama ada anda skor cemerlang atau sekadar lulus dengan jayanya, tetap ada “ganjaran kecil” yang menanti sebab effort tu yang paling mahal.
Makanan Percuma Dari Nasi Kandar Sampai Ayam Goreng
Antara yang paling mencuri perhatian:
- Nando’s
Pelajar boleh menebus 1/4 PERi-PERi Chicken secara percuma hanya dengan menunjukkan slip keputusan SPM 2025 (fizikal atau digital) di kaunter.
- Marrybrown
Tebus 1 ketul Ayam Goreng MB percuma melalui aplikasi Marrybrown dengan paparan keputusan SPM.
- Mamak Cafe (Nasi Kandar)
Ini paling legend ,semua pelajar layak dapat Nasi Kandar percuma tanpa mengira gred (A hingga G). Memang vibe “no judgement zone”.
Minuman & Dessert, Buy 1 Free 1 Hingga Mojito Percuma
- The Coffee Bean & Tea Leaf
Tawaran Buy 1 Get 1 Free untuk pelajar yang menunjukkan keputusan SPM 2025. Ada juga promosi minuman percuma khas untuk pelajar Straight A, namun perlu post gambar dan tag di media sosial. Tawaran ini turut terbuka kepada guru dengan ID staf.
- HonKei Kopitiam
Pilih sama ada 1 minuman percuma atau 1 Portuguese Tart dengan menunjukkan slip keputusan di cawangan Bandar Botanic.
- Coboroy
Pelajar SPM 2025 boleh menebus Mojito Classic secara percuma di kedai fizikal
Hadiah & Lifestyle, Skincare Hingga Buku Percuma
- Haneul
Khas untuk pelajar Straight A, boleh tebus: 3 keping Hydrating Travel Kit bernilai RM42.83 dan Brightening Moisturizer bundle
- Kedai Fixi
Bawa slip keputusan fizikal dan boleh tebus 1 buku Fixi percuma (nilai bawah RM30). Nama pada slip mesti sama dengan IC. Dan ya, walaupun keputusan “tak seperti diimpikan”, asalkan lulus masih boleh redeem!
Bakeri & Cafe, Surprise Reward
Untuk kategori bakeri atau cafe secara umum, ada juga tawaran ganjaran istimewa dengan sebarang pembelian pada hari keputusan diumumkan. Namun promosi ini bergantung kepada cawangan masing-masing, jadi tidak semua outlet menawarkan deal yang sama.
Terma & Syarat Penting
- Kebanyakan promosi hanya sah pada 31 Mac 2026
- Perlu tunjuk slip keputusan SPM 2025 (fizikal/digital)
- Terhad satu penebusan seorang pelajar
- Tertakluk kepada stok & cawangan tertentu
- Ada promosi yang memerlukan aktiviti tambahan seperti posting di media sosial
Walaupun kebanyakan promosi ini berlangsung pada 31 Mac semalam, jangan risau, masih ada beberapa tawaran yang masih berjalan di cawangan terpilih atau dilanjutkan tempohnya. Jadi, mana tahu rezeki anda masih ada, boleh cuba check dan tebus selagi sempat!
Bagi Murai ini antara momen paling “sweet” untuk pelajar SPM. Selepas stress berjela-jela, dapat food, minuman atau hadiah percuma memang rasa macam dunia akhirnya berpihak juga. Walaupun promosi ini nampak kecil, vibe dia sebenarnya besar dan ya, ini juga antara sebab hari keputusan SPM selalu jadi “hari paling viral” setiap tahun.














