Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Stellar Tampil Dengan Taruhan Pertama

by Arsiqin Yusof
November 29, 2022
Share on Facebook

Berhasrat besar ingin menempa nama dalam industri muzik tempatan, kumpulan wanita Stellar muncul mempertaruhkan lagu pengenalan mereka berjudul Where You Wanna Go. Kumpulan ini dianggotai Farisa, Hasya, Sheena, dan Hany, dengan misi mereka sendiri dalam memperjuang hala tuju karier mereka.

Bukan sekadar mahu menjadi penghibur, Stellar juga sebaliknya berhajat memperkasa golongan wanita pada zaman sekarang. Demikian juga untuk lagu Where You Wanna Go ini menceritakan tentang persahabatan mereka demi menjadi seorang yang berkuasa dan berdikari.

Penuh Kata-Kata Semangat

Walaupun menggunakan judul inggeris, bagaimanapun ia sebuah lagu melayu yang penuh kata-kata semangat terutamanya kepada kaum wanita. Menurut Stellar, mereka menekankan bahawa setiap wanita akan rasa ‘power’ apabila menyelami maksud lagu ini. “Where You Wanna Go mengenai sifat perkasa seorang wanita dan tentang diri kami yang mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain dalam mencapai matlamat kehidupan.

“Selain itu, mesej dalam lagu ini juga ingin disampaikan adalah tentang persahabatan antara mereka dalam membina karier sebagai kumpulan wanita menetapkan corak pemikiran serta sikap yang tepat.

“Lagu ini secara keseluruhannya berkaitan dengan keyakinan diri juga, antara baris yang kami tekankan dalam lagu ini seperti “Akulah ratu, dan raja sekali”. Kita tak perlu sesiapa untuk mencipta versi diri yang terbaik. Asalkan ada kita berpegang teguh dengan pendirian dan prinsip yang kuat. Ia memboleh kita untuk hadap apa pun dugaan hidup menimpa kita,” kata mereka.

Menerusi pendirian Stellar ini, mereka jelas menekankan bahawa sebagai wanita, mereka perlu memiliki sifat berdikari dan sentiasa mahu memajukan diri. Ini kerana, sifat begitu amatlah penting agar seseorang tidak mudah ditindas.

Penghasilan lagu ini juga mendapat semangat dan inspirasi dari insan terdekat mereka. Bagi mereka, itu merupakan pencetus utama idea dalam hasilkan lagu ini. Dengan lirik-liriknya juga dapat memberi makna dan boleh dikaitkan dengan lagu ‘Where You Wanna Go’. Justeru, ia membawa makna yang cukup mendalam buat mereka.

“Kami dapat inspirasi daripada semua kawan, saudara mara wanita dan juga ibu kami sendiri. Memang berkaitanlah dengan kehidupan kami sebab semua wanita yang rapat dalam hidup bahkan kami sendiri banyak harungi masalah masing-masing dan Alhamdulillah kami wanita yang tak reti mengalah.

“Selain itu, lagu ini cukup istimewa dalam hati kami kerana ada antara kami pernah diperlekeh oleh orang sekeliling dan dikatakan kami terlalu manja sewaktu membesar. Ia membuatkan kami terasa sunyi dalam pembesaran kami sehingga usia sekarang.

“Namun sekarang kami tidak lagi rasa kesunyian sebegitu jika kami ada kenyakinan, serta dikelilingi oleh orang yang tepat. Lagu ‘Where You Wanna Go’ juga dapat semaikan sifat seseorang yang kami mahu jadi seperti seorang wanita yang gagah, berdikari, seksi, dan tegas dalam sesuatu perkara,” kata Stellar.

Dari Kiri; Hany, Sheena, Farisa, Hasya

Ingin Tampil Dengan Keistimewaan Tersendiri

Kumpulan wanita dari Subang Jaya yang ditubuhkan tahun lalu ini yakin mampu memberi kelainan serta hala tuju lebih tepat. Mereka tidak putus asa dalam memperjuangkan mesej ini dan ingin pamer lebih banyak lagi kemampuan serta sisi berbezanya berbanding kumpulan wanita lain.

“Kami juga yakin bahawa Stellar boleh pergi jauh kerana kami merupakan sahabat sejak zaman sekolah lagi. Dengan gaya kami yang berbeza, kami dapat memberikan impak lebih bermakna dengan gabungan idea berbeza. Lagi mengujakan, jika ada persaingan sebab ia akan lebih tingkatkan motivasi serta semangat yang berkobar-kobar itu.

“Kami berempat memang rapat sebelum wujudnya Stellar pun. Penubuhan kumpulan ini dibuat dengan memerhati dan peroleh banyak idea untuk membawa genre yang berbeza daripada orang lain. Ini baru permulaan dan kami sangat teruja,” kata mereka lagi.

Dalam pada itu, Stellar berharap mesej utama lagu ini mampu meresap ke dalam sanubari setiap pendengar khasnya wanita. Bagi mereka, wanita cukup kuat dan tabah melalui kehidupan tanpa rasa disisih.

“Kami berharap sangat pendengar boleh kaitkan lagu ini dengan diri mereka secara tidak langsung menyebarkan mesej-mesej lagu ini kepada wanita yang lain. Walaupun kami baru bermula dan ada kekurangan, tapi kami janji akan sentiasa bekerja keras tunjuk menghasilkan karya yang terbaik buat semua pendengar.” katanya.

‘Where You Wanna Go’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi platform penstriman muzik terpilih seperti Spotify, Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, YouTube dan YouTube Music.

https://lomp.at/l6emp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

Aniq Suhair Terima 6 Jahitan Selepas Alami Kecederaan Ketika ‘Shooting’-“Malang Memang Tak Berbau..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Aniq Suhair berdepan kecederaan pada bahagian bawah lutut selepas kakinya tergelincir dan tersadung pada batu ketika menjalankan penggambaran filem,...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Hantar Surat Guaman Kepada Keluarga, Brooklyn Beckham Digelar “Si Tanggang England”

by Nurul A.
January 12, 2026

Nampaknya konflik antara keluarga Beckham dan Brooklyn Beckham masih berterusan dan tidak ada penghujungnya. Baru-baru ini, anak sulung pasangan David...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore