• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Suami Dibunuh Kejam Komunis, Ini Kisah Sebenar Mangkuk Tingkat Mak Teh

Selain badannya dipotong dan digantung pada bot, kemaluannya juga disumbat kedalam mulut

by Khai Azfar
May 10, 2021
Share on Facebook

Selain himpunan lagu-lagu raya dimainkan di corong radio, iklan raya yang dihasilkan oleh pelbagai penggiat industri juga antara dinanti-nantikan saban tahun.

Mangkuk Tingkat Mak Teh Buat Ramai Sebak

Bagi tahun ini, iklan raya dari Saji yang menampilkan kisah ‘Mangkuk Tingkat Mak Teh’ telah meruntun hari rakyat Malaysia dan tidak keterlaluan jika kami katakan iklan raya terbaik bagi tahun 2021.

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum bahawa iklan ini berdasarkan kisah benar mengenai Mak Cik Saadiah Abdullah, yang setia menghantar makanan dalam mangkuk tingkat ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Gerik dengan mengayuh basikal selama 5 kilometer setiap hari berlanjutan sehingga 37 tahun.

Sebelum ini, tujuannya dia menghantar makanan tersebut adalah buat suami tercinta, Allahyarham Alias Nik Daud yang bertugas sebagai anggota polis botman. Namun, wira ini telah terkorban dalam satu serang hendap Komunis pada 28 Ogos 1975. Bagaimanapun, demi kasih sayang yang mendalam, kesetiaan dan kerinduan terhadap arwah, Makcik Saadiah tetap meneruskan rutin menghantar makanan ke IPD tersebut buat mereka yang bertugas.

Bekas Ketua Polis Dedah Kisah Sebenar

Di sebalik video itu, bekas Ketua Polis Daerah Gerik, Zahriman Alias menerusi laman Facebook nya pernah berkongsi mengenai rentetan peristiwa berdarah melibatkan suami Mak Cik Saadiah.

Zahriman Bersama Makcik Saadiah

Dedah Zahriman, pada awalnya Allahyarham Alias tidak terlibat dalam operasi di sekitar Tasik Banding itu. Namun kerana salah seorang anggota terpaksa menarik diri berikutan isterinya sarat mengandung, Alias menggantikan tempatnya.

“Kisah bermula pada pagi 28 Aug 75.4 orang anggota Polis bertugas sebagai boatman bernama Wan Marzuki, Abdul Manaf bin Akob, dan dua orang lagi kedua-duanya bernama Yeop telah ditugaskan untuk menghantar ration menggunakan bot ke kawasan operasi di sekitar Banding.Selepas semua persiapan diaturkan, mereka berempat bersedia untuk bertolak. Namun pada pagi itu sebelum mereka bertolak, isteri MMT Abdul Manaf bin Akob yg sedang sarat mengandung telah datang ke balai”

“Dia merayu kepada ketua supaya suaminya tidak dihantaŕ untuk tugas tersebut.Katanya dia sarat mengandunģ, bila-bila masa akan bersalin. Tapi MMT Abdul Manaf tetap hendak pergi juga.Itu adalah tugas yang perlu dilakukan.Isterinya terus merayu dan menangis, meraung sambil memeluk erat kedua-dua kaki suaminya tak membenarkan dia pergi.Maka OCS tiada pilihan.Dia mencari seorang pengganti dan malang bagi MMT Mat Alias, suami kepada Mak Cik Saadiah, dia dikerah untuk mengambil tempat MMT Abdul Manaf. Lalu pergilah mereka berempat untuk melaksanakan tugas yang memakan masa 3-4 hari” tulis Zahriman

Diserang Hendap Komunis

Allahyarham Alias Dua Dari Kiri

Ketika berada di sebuah lokasi air yang cetek bot yang dinaiki keempat-empat anggota polis itu tersangkut menyebabkan mereka terpaksa turun untuk menolaknya. Malang tidak berbau, tiba-tiba mereka diserang hendap oleh segerombolan tentera komunis lalu terjadilah pertempuran di situ sehingga menyebabkan keempat-empat wira ini gugur.

“Selepas beberapa jam perjalanan dengan, mereka tiba di suatu tempat di kawasan Banding, di mana keadaan airnya sangat cetek dan bot tidak boleh lepas. Maka mereka berempat terpaksa turun dari bot dan menolaknya sekuat hati bagi melepasi kawasan cetek itu.Tiba-tiba mereka diserang hendap”

“Sesungguhnya tak siapa yang tahu apa sebenarnya telah berlaku, kerana tak seorang dari mereka telah selamat untuk menceritakannya. Namun anggota-anggota polis dalam sebuah lagi bot yang berada berhampiran tempat itu menceritakan mereka mendengar bunyi tembakan senjata api yang bertalu dari satu gerombolan yang sangat ramai. Yang nyata mereka berempat telah diserang hendap oleh pengganas Komunis.Keempat-empat mereka gugur ditempat itu juga, tetapi mereka tetap melawan dan membalas tembakan hingga ketitisan terakhir” dedahnya

Lebih menyedihkan, kesemua mayat anggota polis ini ditemui dalam keadaan mengerikan termasuklah jasad Allahyarham Alias yang disembelih dan badannya dipotong dan digantung pada bot

“Kedua-dua anggota yang bernama Yeop ditemui penuh dengan kesan tembakan, mayat mereka turut dikerat-kerat dan dimutilasikan. Mayat Wan Marzuki pula ditemui agak jauh dari situ dengan kecederaan tembakan di kaki.

Mayat MMT Mat Alias, suami Mak Cik Saadiah ditemui tanpa kesan tembakan, tetapi dia telah disembelih oleh pengganas Komunis dan badannya digantung kepada bot, dipotong-potong, kemaluannya disumbat kedalam mulut amat kejam sekali puak Pengganas Komunis durjana” tulis Zahriman lagi

Kisah Mak Cik Saadiah yang dilakonkan semula oleh Fatimah Abu Bakar, Bront Palarae, Sarah Ali, Firdaus Karim dan Azman ini ternyata membuatkan netizen sebak apatah lagi merindukan orang tersayang menjelang hari raya.

Mak Cik Saadiah kanan, ketika muda

Difahamkan, rutin Mak Cik Saadiah terpaksa dihentikan selepas beliau terjatuh dari basikal pada tahun 2012 dan anaknya juga telah membuka tayar basikal tersebut kerana bimbang akan keselamatan Mak Cik Saadiah.

YouTube video
iklan rayaiklan raya sajiMak Cik SaadiahMangkuk Tingkat Mak Teh
https://lomp.at/m6xgk
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore