Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Suami Tanggung Dosa Apabila Isteri Enggan Tutup Aurat? Haqiem Rusli Jawab Hidayah Itu Milik Allah

by Puteri Alia
June 2, 2023
Share on Facebook

Semua sudah sedia maklum mengenai perihal aurat. Tidak kiralah aurat lelaki mahupun wanita.

Ia wajib dipelihara dengan sebaiknya terutama daripada diperlihatkan kepada orang yang berlainan jantina dan bukan mahram.

Bagi kaum wanita yang sudah berumah tangga pula pula, aurat wanita sering kali dikaitkan dengan suami masing-masing.

Bahkan aurat membawa maksud keaiban. Ia merujuk kepada beberapa anggota yang mana jika ia tidak ditutup, maka akan hilang kehormatan dan boleh mendatangkan aib.

Justeru, aurat wajib ditutup dan hukumnya haram dibuka atau dipamerkan kepada mereka yang bukan mahram.

Malah, Islam sangat memandang tinggi, memuliakan dan mengangkat martabat wanita.

Bagaimanapun, baru-baru ini cerita selebriti buka tudung bukan lagi isu asing yang perlu dibahaskan sehingga menuai kontroversi dalam dunia seni hiburan tempatan.

Berbahas soal ini, nama isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi bualan netizen di media sosial selepas meninggalkan beberapa foto yang memperlihatkan dirinya tidak lagi bertudung litup.

‘Hidayah milik Allah’

Bagaimanapun, memetik laporan berita, demikian jawapan penyanyi, Haqiem Rusli berhubung kontroversi yang melanda isterinya, Anis Sofea selepas tidak lagi bertudung.

Pelantun lagu Tergantung Sepi itu juga meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan pasangan.

“Saya dan Sofea tahu apa yang berlaku sekarang. Kami tak mahu terlalu agresif dalam media sosial.

“Kita ambil mana yang baik dan buang mana yang buruk,” katanya ketika ditemubual oleh Keanu Azman dan Hawa Rizwana dalam rancangan Meletop, baru-baru ini.

Sebelum ini, Anis dihentam teruk apabila dilihat sudah menanggalkan tudung dan hanya mengenakan selendang yang memperlihatkan bahagian rambutnya.

Bagaimanapun, Anis memilih untuk mengunci mulut apabila tidak memberi sebarang kenyataan atas kecaman mengenai isu terbabit.

Untuk rekod, Anis dan Haqiem selamat bergelar sebagai pasangan suami isteri selepas bernikah di Masjid Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
haqiem rusli
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Foto - Bangkok Post
Spotlight

Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

by Nurul A.
September 11, 2026

Menjadi bualan ramai, seorang sami berusia 66 tahun, yang memegang jawatan ketua sami (abbot) di Wat Phutthaisawan iaitu sebuah kuil...

Read moreDetails
burger king
Spotlight

Terus Sold Out?! Burger King Perkenal Beg Saiz Nuget Dengan Harga RM16.30

by Nurul A.
September 18, 2026

Francais makanan segera, Burger King mencuri perhatian selepas melancarkan beg mikro yang berbentuk nuget ayam, menjadi sebahagian daripada kempen untuk...

Read moreDetails
Jude Bellingham
Spotlight

Ber-‘Boxer’ Calvin Klein, Billboard Jude Bellingham Cetus Kesesakan Lalu Lintas!

by Nurul A.
November 6, 2026

Nampaknya daya tarikan bintang bola sepak Inggeris, Jude Bellingham telah berjaya mencetuskan kekecohan di kalangan penduduk New York. Billboard Jude...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Spotlight

Angkat Jiwa Malaysia! Ini Antara 5 Hal Yang Menarik Dalam Filem TERBANG

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Kalau anda sedang mencari filem tempatan yang bukan sekadar ada aksi tetapi turut menyuntik rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, TERBANG...

Read moreDetails
Ed Sheeran
Spotlight

Sepupu Label Ed Sheeran “Bukan Orang Baik” Gara-Gara Singkir Macklemore

by Nurul A.
September 22, 2026

Nampaknya krisis Jelajah Loop Ed Sheeran secara rasminya telah menjadi urusan 'terbesar' keluarga penyanyi itu. Ketika dia sedang menghadapi kritikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara