Nampaknya daya tarikan bintang bola sepak Inggeris, Jude Bellingham telah berjaya mencetuskan kekecohan di kalangan penduduk New York.
Billboard Jude Bellingham, Tampil Gayakan Boxer Calvin Klein
Iklan terbarunya bersama jenama Calvin Klein itu dilaporkan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di Big Apple. Imejnya yang hanya memakai seluar dalam itu telah menarik perhatian penduduk New York dan juga pelancong.
Untuk makluman kamu, papan iklan tersebut dipaparkan di persimpangan Houston Street dan Lafayette Street di kawasan kejiranan Noho, New York.
Beberapa sumber mengatakan lokasi papan iklan tersebut telah bertukar menjadi destinasi pelancongan yang tidak dirancang.
“Sepanjang hari orang membunyikan hon dan keluar dari kereta untuk merakam video.”
“Ia (Papan iklan) telah menjadi tarikan pelancong sekarang. Dia (Jude) sangat kacak.”
Sekadar rekod, Jude Bellingham merupakan salah seorang pemain bola sepak yang menjadi tumpuan seluruh dunia. Dia telah menjaringkan tujuh gol untuk pasukan kebangsaan England semasa Piala Dunia FIFA 2026.











