Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Suara Unik Namun Tidak Dipandang, Cakra Khan Gagal Mara Ke America’s Got Talent 2023

by Puteri Alia
August 21, 2023
Share on Facebook

Cakra Khan berlapang dada meskipun penyanyi tersebut gagal mara ke pusingan separuh akhir program pencarian bakat, America’s Got Talent 2023.

Perkembangan itu dikongsikan sendiri penyanyi Kekasih Bayangan itu menerusi satu hantaran pendek yang dikongsikan dalam akaun X miliknya.

“Lihat di Instagram AGT, nampaknya nama saya tidak masuk dalam senarai. Maaf ya,” tulisnya.

Namun begitu, Cakra tidak patah semangat sebaliknya menjadikan kenangan di pentas pencarian bakat terkenal dunia itu sebagai motivasi untuk dia mara ke depan.

“Mungkin saya harus melakukan lebih banyak latihan. Teruskan mara ke hadapan. Sekarang sama-sama kita beri sokongan kepada Putri Ariani,” tambahnya.

Sekitar Julai lalu, persembahan Cakra memukau keempat-empat juri termasuk ketua juri AGT, Simon Cowell. Persembahan Cakra itu juga menerima reaksi positif penonton program tersebut.

Cakra menyanyikan lagu No Woman No Cry yang dipopularkan Bob Marley menggantikan lagu Make It Rain yang dinyanyikanya sebelum dihentikan Simon di tengah persembahan.

Turut berentap dalam program yang sama ialah Puteri Ariani yang mendapat ‘golden buzzer’ daripada Cowell.

Kemerduan suara dan bakat luar biasa Putri Ariani di pentas America’s Got Talent (AGT) 2023 di Pasadena Civic Auditorium, California, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, pantas menarik perhatian dunia terhadap gadis berusia 17 tahun berasal dari Indonesia ini.

Dipuji salah seorang juri AGT, Simon Cowell yang menghadiahkan Putri Ariani butang emas atau ‘Golden Buzzer’ atas aksinya yang memukau, peminat mula tercari-cari siapa sebenarnya gerangan remaja cacat penglihatan ini.

Sejak dalam kandungan, iaitu pada tempoh enam bulan dan 18 hari, Putri Ariani sudah bertarung nyawa berikutan ibunya berdepan masalah plasenta previa atau kedudukan uri rendah.

Cakra Khan Hadir dengan "Divine Concert" di Singapura dan Malaysia

Dilahirkan sebagai bayi pra-matang, Putri Ariani terpaksa ditempatkan dalam inkubator selama tiga bulan.

cakra khan
https://lomp.at/bkf74
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Foto - @markruffalo (IG)
Hollywood

Peminat Kecewa, Mark Ruffalo Sahkan “Hulk” Tiada Dalam ‘Avengers: Doomsday’

by Nurul A.
January 23, 2026

Peminat meluahkan rasa kekecewaan selepas aktor Mark Rufallo mengesahkan bahawa watak "Hulk" tidak akan kembali dalam filem 'Avengers: Doomsday' yang...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Bidas Mia Sara Beria Menangis Depan Wartawan?

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon remaja, Puteri Balqis tampil bersuara terhadap tindakan pelakon, Mia Sara Nasuha yang sebelum ini menangis di hadapan para wartawan...

Read moreDetails
Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Shahrol Shiro Tidak Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah Lain, Namun Lain Pula Yang Jadi?

by Naddy Joe
January 12, 2026

Nama pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro sebelum ini mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi pengalamannya yang secara tidak sengaja tersalah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara