Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sudah 28 Tahun Berkahwin Dan Bertahan, Akhirnya Madu Pelakon Miera Liyana Terkilan Bakal Diceraikan

by Puteri Alia
May 3, 2023
Share on Facebook

Isu berhubung poligami di kalangan masyarakat Islam di Malaysia sering menjadi tumpuan media massa khususnya hal yang menyentuh kedudukan hak isteri pertama.

Hal yang demikian kerana pengorbanan mereka diiktiraf dalam undang-undang keluarga Islam dengan diberi kelebihan dari sudut membolehkan pembahagian harta sepencarian dalam perkahwinan berdasarkan tempoh usia perkahwinan yang lebih lama berbanding isteri-isteri yang lain.

Malah, sering menjadi perbahasan umum apabila dikatakan kehadiran atau campur tangan orang ketiga didakwa tetap menjadi punca utama keruntuhan rumah tangga, meskipun terdapat 1,001 sebab lain yang mendorong perkahwinan dibubarkan antaranya tidak lagi sanggup terus dipergunakan.

Berbahas soal itu, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan luahan madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib yang tetap berpendirian teguh tidak mahu bercerai dan mahu mempertahankan perkahwinannya bersama Rosland Othman yang dibina sejak 28 tahun lalu.

Memetik mStar Online, Adibah berkata dia yakin berada di pihak yang benar serta meminta suaminya itu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Saya yakin saya tidak bersalah. Jadi sebab itu saya tidak mahu bercerai. Talak memang terletak di tangan suami, tapi saya harap rumah tangga ini dapat diselamatkan. Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku nanti,” katanya.

Difahamkan, Adibah dan Rosland hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini bagi urusan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) urusan rumah tangga mereka.

Adibah hadir bersama peguam syarie, Mohd Junid Ramli dan melantik abang sulungnya iaitu Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP.

Dalam pada itu, Adibah mendedahkan suaminya itu juga sudah lama tidak pulang ke rumah sejak berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.

Kata Adibah lagi, tiada perbincangan antara mereka untuk selesaikan masalah rumah tangga sehingga ianya dibawa ke mahkamah serta sedih perkahwinan mereka jadi begini selepas 28 tahun bersama.

“Saya pun tidak tahu dia memfailkan cerai. Memang sedih selepas 28 tahun berkahwin akhirnya jadi begini. Saya harap dia akan dapat jalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak. Namun antara kami berdua tidak pernah berhubung,” katanya.

Sementara itu, Adibah berkata anak keempat mereka diambil oleh Rosland tanpa pengetuannya dan kini tinggal bersama suami.

“Dia ambil anak dari sekolah pada Februari lalu dan sejak itu, anak kami terus tinggal bersama dia. Dia masih berstatus suami saya jadi saya tidak ada masalah untuk dia menjaga anak. Cuma saya harap dia akan terus jalankan tanggungjawab,” katanya.

Untuk info, Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin dengan Miera Liyana dan mereka memiliki seorang anak perempuan.

Miera Liyana
https://lomp.at/pldde
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

Emma Maembong Jawab Isu Pemilihan Aktor- “Handsome Tapi Keras Kejung Buat Apa?”

by Nurul A.
January 16, 2026

Nama pelakon Emma Maembong menjadi perbualan ramai apabila dia menegaskan bahawa rupa paras tidak menjadi syarat utama untuk gandingkan pelakon...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Persoal Netizen Yang Marah Selepas Norman Hakim ‘Settle’ Hutang Mas Kahwin?

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon, Abby Abadi sebelum ini membuat perkongsian di media sosial mengenai bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim yang baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore