Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bakal Tampil Dengan Lagu Baru! Suki Low Dedah Telah ‘Dilamar’ Syarikat Rakaman

Nama Suki turut 'trending' di laman Twitter.

by Khai Azfar
January 24, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Suki Low meluahkan rasa terharu apabila menerima sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat sejak daripada awal kemunculannya dalam industri seni sehingga kembali untuk menyertai program realiti Gegar Vaganza 8 (GV8).

Nama Suki Trending Di Twitter 

Malah, di pentas akhir GV8 Suki telah memberikan persembahan terbaik secara total sehingga namanya ‘trending’ di laman Twitter.

Meskipun sekadar menduduki tempat ketiga, namun rata-rata peminat memuji kredibiliti yang dimiliki oleh penyanyi itu. Menurut Suki, dia akui bukan mudah untuk kembali ke dalam industri seni apatah lagi bertanding di dalam program yang melibatkan ramai nama besar.

via Astro/Azrul Rafie

Namun, dia berasa bertuah kerana dapat menimba ilmu dan pengalaman bersama peserta-peserta dan rakan duetnya sekaligus menaikkan lagi semangatnya untuk terus aktif.

“Saya sangat gembira kerana saya tidak sangka saya masih ada ramai yang sudi sokong saya dan saya sangat terharu mengenainya. Sebenarnya perjalanan di dalam GV8 ini sangat beremosi kerana saya ada masanya saya rasakan adakah saya sudah membuat yang terbaik.

“Lagipun peserta GV8 kali ini semua yang berpengalaman dan ada diantaranya saya sentiasa menanti-nantikan persembahan mereka sebagai contoh kak Adibah Noor. Saya tidak sangka saya akan bersaing dengannya kerana saya ingatkan dia adalah salah seorang juri.

“Saya gembira kerana mereka memberi motivasi dan galakan untuk berjalan dengan lebih jauh. Saya juga terharu yang ada peminat yang dari awal pembabitan saya dalam dunia seni masih beri sokongan ditambah pula dengan sokongan rakan-rakan duet seperti Shila Amzah dan Khai Bahar.

“Saya dan Shila sebelum ini banyak kali bertembung di dalam pelbagai acara cuma masih belum ada rezeki untuk bekerjasama. Saya bersyukur kerana ada peluang untuk bertemu dengan orang-orang yang hebat seperti mereka” kata Suki

Dilamar Syarikat Rakaman 

via Astro/Azrul Rafie

Dalam perkembangan lain, Suki turut mendedahkan bahawa dia telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman bagi penghasilan lagu terbaharunya akan datang. Untuk itu, dia akan mengambil saranan yang diberikan oleh juri tetap GV8, Hetty Koes Endang untuk tampil dengan imej tersendiri dan berterima kasih kepadanya atas nasihat yang cukup bermakna tersebut.

via Astro/Azrul Rafie

“Lagu baru akan datang dan saya teruja mengenainya. Malah ada juga syarikat rakaman yang sudah melamar saya, terima kasih kepada Tuhan atas peluang ini.

“Saya sebenarnya suka dengan komen Ibu Hetty hari ini (Ahad) mengenai penyanyi harus mempunyai identiti yang tersendiri. Itu sangat mahal jadi saya harap selepas ini muzik saya akan ada benda itu. Saya ambil itu sebagai satu nasihat dan selepas ini kalau anda dengar lagu tersebut anda akan tahu itu saya” kata Suki menutup bicara

Untuk info, Suki yang menduduki tempat ketiga dengan perolehan markah sebanyak 77.91% berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000.00 beserta Piala Gegar Vaganza sumbangan Astro.

suki
https://lomp.at/rmn0a
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

  5. 5

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara