Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Sultan Johor Dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang

Ijazah Doktor Kehormat diberikan sebagai pengiktirafan sumbangan baginda terhadal hubungan dua hala Johor-Singapura

by Puteri Alia
July 21, 2022
via Instagram Rasmi Sultan Ibrahim

via Instagram Rasmi Sultan Ibrahim

Share on Facebook

Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkongsi perkhabaran berita di akaun Instagram rasmi baginda baru-baru ini.

Terima Anugerah Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang

Murai MY menjengah ke Instagram pemerintah negeri Johor ini dan mendapati Sultan Ibrahim dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang oleh National University of Singapore (NUS) pada 20 Julai semalam.

Perkhabaran yang membanggakan itu dikongsikan sendiri oleh baginda menerusi coretan yang ditulis, berserta muatnaik foto-foto penerimaan pengiktirafan tersebut.

“DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang oleh National University of Singapore (NUS).”

Sumbangan Dua Hala Johor Dan Singapura

Melihat entri yang ditulis baginda, majlis berprestij tersebut disempurnakan oleh Presiden Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yaacob yang juga merupakan Canselor NUS.

Difahamkan anugerah yang diterima adalah demi mengiktiraf sumbangan yang dilakukan Sultan Ibrahim terhadap jalinan dua hala antara negeri Johor dan Singapura.

“Majlis penganugerahan disempurnakan oleh Presiden Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob yang juga Canselor NUS di Istana pada hari ini (20 Julai) sebagai mengiktiraf sumbangan Baginda terhadap hubungan dua hala antara Johor dan Singapura.”

via Instagram Rasmi Sultan Ibrahim
via Instagram Rasmi Sultan Ibrahim
via Instagram Rasmi Sultan Ibrahim
via Instagram Rasmi Sultan Ibrahim

Rakyat Jelata Titip Ucapan

Muatnaik yang dikongsikan Sultan Ibrahim mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata memberi ucapan tahniah diruangan komen hantaran milik baginda.

“Tahniah Tuanku”

“Wow NUS, tahniah Tuanku”

“Tahniah dan syabas Tuanku” komen mereka

via Instagram Rasmi Sultan Ibrahim

“Ilmu tiada had”

“Alhamdulillah. Tahniah Tuanku”

“Alhamdulillah daulat Tuanku” komen mereka lagi

Merafak sembah tahniah kepada Sultan Johor atas penganugerahan yang diterima dari Murai MY.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
National University of SingaporeSultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara