Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sumbat Mayat Dalam Guni Dan Campak Tepi Jalan, Pembunuh Along Spoon Iaitu Bekas Anggota Polis Kini Bebas

by Puteri Alia
November 16, 2023
Share on Facebook

Bagi anda yang lahir dan membesar pada era 80 dan 90an, pasti kenal dengan kumpulan Spoon yang popular menerusi lagu hit Rindu Serindu Rindunya kan? Boleh dikatakan ia antara lagu jiwang paling best sekali pada zaman tersebut.

Namun dalam tempoh singkat kegemilanganya, waktu itu jugalah berlakunya satu memori gelap pasal band ini setelah vokalisnya Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie dikhabarkan hilang selama 10 hari.

Sepanjang tempoh ‘kehilangannya’ pada waktu itu bermacam-macam persoalan timbul, namun kehilangannya mula terjawab apabila polis menjumpainya dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa.

Terkini, laporan berita telah mengesahkan bahawa bekas anggota polis berpangkat lans koperal, Mohd Ya’cob Demyati yang membunuh penyanyi kumpulan Spoon era 90-an, Allahyarham Along dibebaskan dari Penjara Kajang, pada Khamis.

Peguamnya, Che Muji Che Noh berkata, Mohd Ya’cob, 57, telah selesai menjalani hukuman 33 tahun bermula tarikh tangkap, 4 Januari 2000.

“Insya-ALLAH, dia bebas hari ini, hukuman penjara itu termasuk satu pertiga daripada cuti dan lain-lain, itu undang-undangnya.

“Bermakna dia telah selesai menjalani hukuman penjara selama 33 tahun.

“Saya turut menghujah, anak guam telah berkelakuan baik maka ia menjadi faktor mahkamah perlu ambil kira hukuman tersebut,” katanya.

Pesalah yang berasal dari Johor itu dijangka dibebaskan pada jam 5 petang.

Pada Khamis, sebuah laporan portal berita melaporkan, Mohd Ya’cob terlepas hukuman penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan di sini meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.

Keputusan sebulat suara diputuskan panel lima hakim, diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas membenarkan permohonan semakan lelaki itu selaku pemohon.

Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan serta Datuk Abu Bakar Jais memerintahkan hukuman berkenaan bermula tarikh tangkap, berserta sebatan.

Bagaimanapun, pesalah itu terlepas hukuman sebatan kerana dia telah berusia lebih setengah abad.

along spoon
https://lomp.at/fkwi0
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Nama pelakon Sharifah Sakinah mencetuskan kritikan netizen selepas dilihat merangkul pinggang suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Brian Kongsi Foto Bersama Nedim, Peminat Titip Doa-“Moga Jodoh Kalian…”

by Naddy Joe
January 2, 2026

Pelakon, Nadia Brian mencuri perhatian netizen di media sosial selepas memuatnaik foto bersama usahawan, Nedim Nazri. Nadia atau nama penuhnya...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore