Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Nahas Sungai Korok: Pengguna TikTok Tak Sengaja Rakam Pertemuan Singkat Dengan Dua Beradik

by Phic ARMAN
July 7, 2025
Share on Facebook

Seorang pengguna TikTok berkongsi momen yang menyayat hati apabila menyedari dua kanak-kanak yang pernah menegurnya di hospital beberapa bulan lalu rupa-rupanya adalah mangsa tragedi nahas di Sungai Korok, Kedah, yang ditemukan maut hari ini.

Menurut pemilik akaun @eryniemass, dia tidak menyangka kanak-kanak yang ramah menegurnya di hadapan kantin hospital pada April lalu adalah dua beradik yang kini telah pergi buat selama-lamanya.

“Ya Allah patut lah tgk muka anak2 ni mcm nk kenai 😭 rupanya budak yg sama kami jumpa kt hospital bulan 4 hari tu 😭 Allahu terkejut rasa 😭 sbb budak2 ni baik sngt mai teguq kami.”

Tambahnya lagi, pada waktu itu dia terdengar kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa mereka datang ke hospital untuk melihat ibu mereka dan seorang bayi kecil yang berada di wad.

“Xsilap hari tu dgaq adik2 ni kata mai tgk ibu dgn baby yg kecik tu, 😢 masuk wad ka apa sy xtau la, depa mai dok skli dgn sy depan kantin hospital sementara tnggu ayah depa.”

@eryne_miss

ya Allah patut lah tgk muka anak2 ni mcm nk kenai😭 rupanya budak yg sama kami jumpa kt hospital bulan 4 hari tu😭 Allahu terkejut rasa😭 sbb budak2 ni baik sngt mai teguq kami 😭 #fyp #sungaikorok

♬ Instrumen Sedih – Khalif Arkhan

Kisah pilu ini menyentuh hati ramai apabila mengetahui bahawa enam sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu telah ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, pagi ini.

Mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri bersama empat anak mereka berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun.

Difahamkan, operasi mengeluarkan mayat mangsa sedang dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jitra ketika artikel ini ditulis.

Ramai warganet meluahkan rasa sedih dan takziah atas kehilangan enam nyawa sekeluarga ini, apatah lagi kisah kecil yang dikongsi @eryniemass menggambarkan betapa baiknya anak-anak tersebut semasa hayat mereka.

Semoga keluarga ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diberikan kekuatan buat waris yang masih tinggal. Al-Fatihah.

[VIDEO] Straw Kaca Makan Tuan, Wanita Masuk Hospital
kedahSungai Koroktiktok
https://lomp.at/0jncg
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara