Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update #ApaPlan

Suria FM & IOI City Mall Adakan Sambutan Tahun Sabtu Ini

by Arsiqin Yusof
December 28, 2022
Share on Facebook

Suria FM bersama IOI City Mall Putrajaya bakal mengadakan sambutan ambang Tahun Baru 2023 pada Sabtu ini, 31 Disember bertempat di Symphony East, IOI City Mall.

Kembali Selepas Dua Tahun

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin sambutan itu diadakan kembali setelah dua tahun berehat ekoran pandemik COVID-19.

“Setelah hampir 2 tahun tidak diadakan sambutan ambang tahun baru kerana pandemik yang melanda tanah air, kini Suria FM dan IOI City Mall Putrajaya mengambil inisiatif mengadakan sambutan ini sebagai penutup tirai bagi tahun 2022 sekaligus menjadi simbol bagi menyambut kedatangan tahun baru”.

“Sambutan ambang tahun baru ini akan bermula seawal jam 6 petang dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya ‘Giveaway’ kepada para pengunjung yang hadir, trak makanan, persembahan magik “Mark & Pinky” dan pertunjukan bunga api di atas pentas. Pengunjung juga turut berpeluang membeli ‘Barangan Eksklusif Suria FM’ seperti T-Shirt, lanyard, payung, sticker kereta dan Jersey edisi terhad yang dikeluarkan bersempena ulangtahun Suria FM yang ke-15. Jangan lepaskan peluang kerana barangan eksklusif tersebut akan dijual dengan harga promosi,” katanya.

Barisan Artis Terkenal

Bagi memeriahkan acara, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada barisan artis popular tanah air seperti Ziana Zain, Amir Masdi, Floor 88, Kugiran Masdo, Andi Bernadee dan ramai lagi. Penyampai Suria FM, Shuib, Sharifah Shahirah (Rara) dan Suraya akan turut hadir selaku host untuk konsert pada malam itu nanti.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IOI City Mall Putrajaya atas kerjasama baik ini, dan diharapkan konsert ambang tahun baru 2023 kali ini akan berjalan lancar serta dapat meninggalkan kenangan manis untuk semua yang hadir” tambah DJ Lin lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
suria fm
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara