• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita

Swipeless Mempersembahkan Malam Komedi ‘Live, Love, and Laugh with Rizal Van Geyzel and Friends’

by Aphit J.
July 6, 2024
Share on Facebook

Swipeless, platform inovatif yang menggalakkan interaksi secara bersemuka antara golongan bujang, mengumumkan acara “Live, Love, Laugh – A Night Of Comedy With Rizal Van Geyzel And Friends.”

Kisah Peribadi Pelawak

Dijadualkan berlangsung pada 11 Julai 2024 dari 8 hingga 10 malam di Bar Roca, acara ini menampilkan pelawak berdiri (stand-up comedian) yang bakal menghiburkan penonton dengan kisah peribadi dan pemerhatian lucu mereka tentang perhubungan antara lelaki dan wanita.

Dengan tiket masuk berharga RM80, penonton yang hadir akan berpeluang untuk bergelak ketawa sehingga tidak kering gusi bersama kenalan-kenalan baharu.

‘Live, Love, Laugh’ ialah sebuah acara komedi yang menampilkan persembahan utama daripada Rizal Van Geyzel, bapa tunggal yang dikenali ramai dengan jenaka tentang percintaan dan kehidupan yang dekat dengan hati penonton.

Menampilkan Barisan Pelawak Yang Lain

via Swipeless

Turut menghiasi pentas bersama Rizal ialah Shamaine Othman, pelawak hebat yang menyelitkan jenaka dalam penceritaan kisah-kisah seharian beliau dan Prakash Daniel, pelawak yang tersohor kerana penguasaan pentas yang berkarisma dengan perspektif hidup yang unik.

Swipeless, yang dilancarkan pada Januari 2024, memberi nafas baru kepada cara golongan bujang berkenalan dan mencari jodoh.

Berbeza daripada aplikasi mencari jodoh yang tidak mesra pengguna, Swipeless menawarkan pendekatan yang lebih sihat dan jujur untuk golongan bujang berkenalan sesama mereka menerusi aktiviti berkumpulan berdasarkan minat yang sama.

Swipeless memastikan setiap orang berseronok dengan aktiviti seperti permainan pikel, bengkel pembuatan piza, pemanduan gokart dan mendaki bukit.

Betemakan Perhubungan

Acara komedi bertemakan perhubungan dan pencarian jodoh ini mempunyai matlamat untuk menarik perhatian orang ramai kepada pendekatan unik platform Swipeless dalam interaksi sosial.

Dengan memanfaatkan komedi sebagai hiburan, Swipeless berharap dapat menjangkau khalayak yang lebih luas dan menggalakkan orang ramai untuk menyertai komunitinya yang ceria.

Acara ini sesuai untuk mereka yang menyukai persembahan komedi berdiri dan mempunyai rakan bujang yang ingin bertemu kenalan baharu menerusi cara yang yang lain daripada kebiasaan.

Ia malam yang ideal untuk mereka yang gemar berhibur dengan menonton persembahan komedi dan menghargai hubungan yang jujur.

Sertai “Live, Love, Laugh” untuk malam yang sarat dengan kelucuan, keseronokan dan hubungan yang bermakna.

Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri keunikan daya tarikan acara Swipeless yang akan menjadi trend utama pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.swipeless.my

Prakash DanielRizal Van GeyzelShamaine Othman
https://lomp.at/da9xh
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Ibu Anna Jobling Tuju Pada Siapa?-“Sanggupnya Korang Hasut Anak Aku Tinggalkan Aku…”

by Naddy Joe
September 18, 2025

Ibu kepada pelakon, Anna Jobling iaitu Ariz Ayop meluahkan rasa kesal terhadap pihak terlibat yang dikatakan telah menghasut anaknya itu...

Read more
Berita

Sweet Qismina Terus Gemilang, Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik AIFFA 2025

Bakat seni Malaysia terus menjadi tumpuan apabila Sweet Qismina diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada ASEAN International Film Festival...

Read more
by Phic ARMAN
November 16, 2025
Foto - Utusan Kerjaya
Berita

BINGKAS RM300 Untuk Rakyat Selangor- Jom Semak Kelayakan & Mohon!

Kalau ada rakyat Selangor di kalangan pembaca MURAI, artikel ini khas untuk kamu! Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan inisiatif terbaru...

Read more
by Nurul A.
October 3, 2025
Berita

[VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video...

Read more
by Naddy Joe
November 27, 2025
Berita

Tindakan Fattah Amin Buktikan, ‘Bau Busuk Tidak Berbangkai’ Bawa Padah

Kalian pernah dengar simpulan bahasa “bau busuk tidak berbangkai”? Maksudnya, kalau dah menipu atau menabur fitnah, lama-lama pasti akan terbongkar...

Read more
by Zaidin Albert
September 4, 2025
Pics for story subsidies for RON95 petrol and diesel will be stopped beginning Dec 1. Picture taken at petrol station in Rawang.AZMAN GHANI / The Star
Berita

[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda

MURAI ada berita baik buat semua warga Malaysia! Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail siap bagi heads up...

Read more
by Phic ARMAN
September 19, 2025
Berita

[VIDEO] Neelofa Kongsi Perjalanan Umrah, Curi Perhatian Netizen!-“Sebab Tu Kita Kena Kaya..”

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa mencuri perhatian netizen selepas berkongsi perjalanan mengerjakan ibadah Umrah bersama suaminya PU Riz. Kongsi Neelofa...

Read more
by Naddy Joe
October 13, 2025
Foto - Malaysia Bangkit / Bernama
Berita

BUDI95: Jom Semak Kelayakan & Tebus Melalui 4 Kaedah Pembayaran Yang Mudah

Ramai yang salah faham bahawa MyKad diguna pakai untuk membayar minyak petrol RON95. Salah ye sebenarnya kerana MyKad kamu hanya...

Read more
by Nurul A.
September 24, 2025
Berita

INTEAM Hadir Dengan Konsert Skala Besar Pada Februari 2026 Ini

Kumpulan nasyid terkenal, INTEAM hadir dengan sebuah konsert berunsur Islamik dalam skala besar pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena,...

Read more
by Naddy Joe
October 17, 2025
Berita

[VIDEO] Elly Mazlein Penuhi Hasrat Wanita Ini ‘Mahu Peluk’, Netizen Sebak!

Pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein mencetuskan rasa sebak netizen di media sosial selepas memenuhi hasrat seorang wanita yang mahu...

Read more
by Naddy Joe
November 20, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  4. 4

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore