Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Syukur Kami Boleh Berniaga” – Netizen Pertikai Syarikat Aliff Syukri Dapat Kebenaran Beroperasi

Ini berikutan syarikat Aliff terletak di Kota Damansara dan berada dalam PKPD

by Khai Azfar
July 8, 2021
Share on Facebook

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook nya, usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur selepas syarikat miliknya, D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd dibenarkan beroperasi.

Syarikat Aliff Dibenarkan Beroperasi 

Berkongsi sekeping foto yang tertera salinan surat kebenaran yang diperoleh daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), syarikat Aliff dibenarkan beroperasi berdasarkan kluster yang didaftarkan adalah Peruncitan/Pengedaran/Pemborongan dan tertaktul di bawah sektor e-dagang.

“Syukur boleh lah kami berniaga” tulisnya

Netizen Pertikai Kebenaran Yang Diperolehi 

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen terdapat segelintir netizen mempertikaikan kebenaran yang diperoleh selain menegur usahawan ini bahawa syarikatnya masih tidak dibenarkan beroperasi. Ini berikutan syarikat Aliff terletak di Kota Damansara dan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Malah, menurut mereka syarikat Aliff juga tidak termasuk dalam sektor perkhidmatan perlu (essential services).

Sebagai info, dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD, hanya sektor ‘essential services’ sahaja dibenarkan untuk beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam, seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan, manakala kilang yang mendapat kelulusan pengoperasian adalah kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka.

MITI Benarkan Beberapa Sektor Kritikal Lain Dibuka 

Menerusi carian Murai.my terkini di laman Facebook Aliff, hantaran tersebut telah pun dipadam tidak lama kemudian. Dalam perkembangan berkaitan, pada petang Rabu, MITI turut membenarkan serta merta  sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan rantaian bekalannya, sektor aeroangkasa, mesin dan peralatan (M&E) bagi pengeluaran produk kesihatan dan makanan serta syarikat pembuatan makanan dan minuman utama  untuk beroperasi di lokaliti yang dikenakan PKPD di negeri Selangor.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aliff syukrisyarikat Aliff Syukri
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara