Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius.
Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu dengan seorang pemimpin agama untuk mempelajari tentang kepercayaan agama Yahudi. Aktres itu disyaki sedang mempertimbangkan untuk menukar agama demi kekasihnya.
Sydney Sweeney Mahu Tukar Agama Demi Kekasih
Berdasarkan beberapa media Hollywood, Sydney dan Braun dilaporkan begitu serius sehingga mereka telah berbincang mengenai masa depan dan bilangan anak.
Dia juga didakwa mahu mengikuti jejak langkah kekasihnya yang beragama Yahudi. Walaupun Sydney didakwa telah bertemu dengan pemimpin agama, namun proses untuk memeluk agama tersebut mengambil masa 1-4 tahun, termasulah mempelajari nilai-nilai dan ritual di bawah bimbingan pemimpin tersebut.
Untuk makluman, Braun Scooter dilaporkan sedang merancang untuk melamar Sydney Sweeney dalam tempoh enam bulan akan datang.











