Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Jangan Layan Sukarelawan Seperti Penjenayah”- Syed Saddiq Respon Isu Sukarelawan Ditahan PDRM

Ahli politik ini berharap kerajaan dapat beri sedikit kelonggaran dalam menjalankan misi bantuan mangsa banjir

by Puteri Alia
January 10, 2022
Foto - Twitter Syed Saddiq

Foto - Twitter Syed Saddiq

Share on Facebook

Video Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjawab soal isu enam sukarelawan MUDA yang disoal siasat oleh Polis Diraja Malaysia (SPRM) semalam tular di media sosial.

Mohon Kelonggaran Diberikan

Menurut Syed Saddiq, sukarelawan dari partinya itu ditahan kerana menghantar secara terus bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukan dan tidak mengikuti standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan di mana bantuan yang disalurkan harus ditempatkan di kawasan khusus kerajaan.

Menyentuh soal penahanan sukarelawan pula, ahli parlimen Muar ini berharap pihak berkuasa tidak melayan para sukarelawan seperti penjenayah apatah lagi mereka ikhlas turun padang bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas secara suka rela.

6 Sukarelawan @teammudajohor disiasat polis walaupun hanya nak hantar bantuan banjir.

Saya faham SOP bantuan banjir, tapi tak perlu sampai nak soal siasat sukarelawan ni.

Nak siasat, siasat saya.

Kita berkhidmat untuk rakyat dan kami hanya menyampaikan amanah rakyat. pic.twitter.com/n9MOVsDq0O

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 9, 2022

“Setakat ini enam sukarelawan MUDA telah pun disoal siasat oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

Sebab mereka disoal siasat adalah kerana mereka telah pun menyampaikan bantuan banjir secara terus kepada pemohon-pemohon yang meminta.

Kerana mereka tidak meletakkan bantuan-bantuan ke tempat yang khusus, saya mewakili kepimpinan MUDA sejujurnya ingin memohon maaf sebab tujuan kami bukan untuk menyulitkan keadaan.

Yang memohon pun adalah rakyat, rakyat di Johor sendiri. Yang memohon pun adalah mangsa banjir.

Lihat, ada juga laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro jika tidak silap, ada ramai yang tidak mendapat bantuan-bantuan yang telah dijanjikan.

Sampai ada yang lapar kerana tunggu makanan. Jika kita dapat laporan-laporan, permohonan-permohonan terus daripada rakyat ataupun daripada pegawai-pegawai, kita terus pergi ke tempat mereka untuk sampaikan bantuan kerana sehari dua hari boleh membawa perubahan yang sangat besar.

Sebab itu kita mengambil keputusan untuk bertindak dengan cepat untuk sampaikan bantuan ini terus ke lokasi tersebut.

Yang saya nak bertegas disini, saya rasa janganlah layan sukarelawan ini seperti penjenayah. Dia sampai nak panggil, disoal siasat oleh polis hanya kerana mereka menyampaikan bantuan makanan ini terus kepada mangsa-mangsa yang terkesan.

Saya berharap pihak polis berilah budi bicara kepada sukarelawan-sukarelawan MUDA Johor, 6 orang telah pun dipanggil, disoal siasat, masuk keluar balai, show empathy, show compassion, mereka di sini berniat ikhlas ingin membantu berkhidmat untuk bantu mangsa-mangsa banjir.

Kami akan cuba sebaik mungkin untuk berkolaborasi dengan agensi-agensi. Cuba, what we request for some flexibility, kelonggaran. Please do give some flexibility kerana kita disini untuk berkhidmat. Terima kasih.” Ujarnya

Netizen Selar Tindakan Polis Tahan Sukarelawan

Melihat video penjelasan Syed Saddiq itu di media sosial, orang ramai berkongsi pandangan masing-masing dan menyelar tindakan pihak berkuasa menahan sukarelawan yang cuba memberi bantuan kepada mangsa banjir secara terus.

Syed Saddiq Beri Bunga Dekat Bella Astillah Cairkan Hati Netizen!
Foto – Twitter

“Nak hantar bantuan kena siasat… Yang makan rasuah tak kena siasat pun..”

“Nak tunggu permit, nak tunggu green light dari badan itu, jabatan ini, baby umur 3 hari atas bumbung rumah berhujan pukul 3 pagi dah pun mati kesejukan. Remove these red tapes. Leave the volunteers alone!!” komen mereka

Foto – Twitter

Apa pendapat anda?

mudaPDRMpolitiksyed saddiq
https://lomp.at/d4wvx
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Lokal

Haliza Maysuri Tempah Set Kain Kafan Jenama Rizalman Ibrahim, Cetus Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 2, 2026

Usahawan terkenal yang juga pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri sentiasa menjadi bualan netizen di media sosial kerana sering menempah...

Read moreDetails
Lokal

Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

by Naddy Joe
January 2, 2026

Personaliti media sosial, Chazynash tampil bersuara selepas dituduh gagal memberikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap bekas isteri, Fatin Morat dan...

Read moreDetails
Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore