Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Syida Melvin Fail Cerai, Repost di Media Sosial Ini Bikin Ramai Tertanya-Tanya

by Phic ARMAN
April 13, 2026
62
KONGSIAN
Share on Facebook

Rumah tangga pelakon Syida Melvin dan suami, Syafiq Azim kini menjadi perhatian apabila difahamkan Syida telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor sejak Disember tahun lalu.

Perkara itu turut disahkan oleh peguam yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah, yang memaklumkan prosiding kes pasangan ini masih berjalan di mahkamah. Sebutan pertama hanya berlangsung pada 2 April lalu selepas beberapa kali penangguhan, termasuk usaha untuk mencapai perdamaian antara kedua-dua pihak.

Namun begitu, usaha tersebut difahamkan tidak berpanjangan apabila Syida dikatakan nekad untuk meneruskan proses perceraian tersebut.

Dalam masa sama, perhatian netizen turut terarah kepada satu perkongsian semula (repost) di media sosial Syida yang dianggap seolah-olah memberi bayangan terhadap situasi yang sedang dilaluinya.

Menerusi repost itu, ia mengandungi nasihat kepada anak perempuan agar mencari duit sendiri bukan untuk kemewahan atau lelaki, tetapi sebagai kekuatan untuk diri sendiri. Malah, mesej itu turut menekankan bahawa wanita perlu berdikari untuk keluar daripada persekitaran yang tidak lagi menghormati mereka, serta mengingatkan bahawa nilai diri tidak sepatutnya bergantung kepada orang lain.

Ramai mula tertanya-tanya, adakah ia sekadar perkongsian motivasi atau sebenarnya membawa makna lebih dalam terhadap fasa kehidupan yang sedang dihadapi Syida ketika ini?

Apa maksud di sebalik kata-kata itu?

Secara ringkas, mesej tersebut membawa makna tentang kekuatan wanita untuk berdikari dari segi kewangan dan emosi. Ia juga seakan-akan mengingatkan bahawa seseorang wanita perlu ada ‘pegangan sendiri’ supaya tidak hilang nilai diri apabila berada dalam situasi yang tidak lagi menghargai mereka.

Topik Berkaitan Syida Melvin Dedah Sikap Sebenar Suami?- Tak Sangka Kena Jadi Pengemis Dalam Syarikat..”

Namun begitu, setakat ini Syida tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai repost berkenaan, sama ada ia berkait dengan isu rumah tangga atau sekadar perkongsian inspirasi.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen pada 19 Januari 2019 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Syafiq Azimsyida melvin
Share25Tweet16SendShare

KINI TRENDING

Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Spotlight

Kenapa Ben Amir Minta Netizen Tonton The Arrivals Selepas Isu Konsert The Weeknd?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu konsert The Weeknd yang sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam...

Read moreDetails
Heidi Klum
Spotlight

Ngeri! Heidi Klum Muncul Sebagai Tangan Putus Sempena Halloween 2026

by Nurul A.
November 2, 2026

Setiap tahun, ramai yang menantikan kostum para selebriti untuk perayaan Halloween. Untuk tahun ini, supermodel Heidi Klum mencuri perhatian ramai...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Spotlight

Konsert The Weeknd Bakal Sesak, Ini Lokasi Parkir Alternatif Yang Anda Perlu Tahu

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Semakin tak sabar nak menyanyi bersama The Weeknd di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil? Sebelum terlalu excited memilih outfit dan...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara