Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Tahniah! Akhirnya Sir Uzairi Sah Bergelar Suami kepada Aina Adleen dalam Majlis Akad Nikah Penuh Makna

by Aphit J.
July 27, 2025
Share on Facebook

Guru tuisyen popular, Sir Uzairi Taib, kini sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Aina Adleen, selepas melangsungkan majlis akad nikah pada Sabtu yang lalu.

Hanya Dengan Sekali Lafaz

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Sir Uzairi menerusi satu siaran langsung di platform TikTok, yang turut mendapat perhatian ramai pengikut setianya.

Dalam siaran tersebut, Sir Uzairi tampil segak mengenakan baju Melayu putih lengkap dengan sampin dan songkok, manakala isterinya, Aina Adleen, kelihatan anggun dalam persalinan serba putih sambil duduk sopan di atas pelamin bersama ibu dan neneknya.

Majlis akad nikah berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh dengan rasa syukur dan kebahagiaan.

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan ini disatukan sebagai suami isteri secara sah dengan mas kahwin berjumlah RM300.

Suasana dalam majlis jelas menyentuh hati para penonton, apatah lagi ramai yang mengikuti perjalanan hubungan mereka sejak awal lagi.

Netizen Mendoakan Kebahagian

via Tiktok Sir Uzairi

Untuk makluman, pasangan ini telah bertunang sejak tahun lalu. Sepanjang tempoh pertunangan, mereka kerap berkongsi detik-detik manis bersama dalam media sosial, termasuk sesi percutian dan aktiviti bersama keluarga, yang mendapat sokongan positif daripada para pengikut masing-masing.

Perkahwinan ini turut disambut baik oleh para pelajar dan pengikut Sir Uzairi yang selama ini mengenali beliau bukan sahaja sebagai seorang guru yang berdedikasi, malah figura yang disegani dalam bidang pendidikan atas talian.

Ramai mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka di ruangan komen siaran langsung tersebut.

Sekadar makluman, Sir Uzairi dikenali menerusi video-video pengajaran di TikTok dan platform lain yang sering disampaikan dengan gaya yang menarik, santai namun berkesan.

Beliau juga sering memberi inspirasi kepada pelajar dan ibu bapa tentang pentingnya pendidikan dan usaha berterusan dalam mencapai kejayaan.

Dengan perkahwinan ini, ramai berharap agar Sir Uzairi dan Aina Adleen terus bahagia dan saling menyokong dalam membina kehidupan bersama.

Tahniah diucapkan buat pasangan mempelai.

Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga dan menjadi inspirasi buat ramai pasangan muda di luar sana.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Sir Uzairi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  5. 5

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara