Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Tahniah! Masdo Beraksi Di Mongolia & Korea Selatan!

Selesai Siri Jelajah Promosi Single ‘Perih Jerih’ Di Indonesia, Masdo Sertai Playtime Festival (Mongolia) & Round Festival (Korea Selatan)

by Aphit J.
July 20, 2024
Share on Facebook

Baharu sahaja selesai melewati beberapa provinsi di Indonesia dalam siri jelajah ‘Perih Jerih Indonesia Promo Tour’ di Bandung, Jakarta, Yogyakarta dan Bali, Masdo terbang pula ke Ulaanbaatar, Mongolia dari 3 hingga 5 Julai demi menjayakan Playtime Festival, dan sejurus itu mereka terus ke Busan, Korea Selatan untuk membuat persembahan di Round Festival (ASEAN Korea Music Festival) dari 6 hingga 10 Julai.

Penonton Tetap Enjoy Walaupun Berlainan Bahasa

via Warner Music Malaysia

Masdo yang terdiri dari Ali Sariah (vokalis), Putu Ceri (bass) dan juga Asmawi (gitaris) berkata mereka berasa bersyukur dan teruja.

Sejurus selesai siri jelajah promosi di Indonesia, Masdo harus mempersiapkan diri pula untuk melakukan persembahan di Ulaanbaatar, Mongolia dan juga Busan, Korea Selatan.

Sewaktu berada di Playtime Festival (Mongolia), walaupun berlainan bahasa, penonton tetap ‘enjoy’ dan mereka sempat melaungkan ‘ehhh, ahhh’ beramai-ramai.

Mewakili Malaysia

via Warner Music Malaysia

Malah mereka juga berpeluang membuat persembahan di Round Festival (Korea Selatan) merupakan sebuah penghormatan buat mereka kerana sebaris dengan nama-nama besar di arena antarabangsa.

Untuk Round Festival, Masdo mendapat jemputan eksklusif dari Korean Broadcasting System (KBS) dan Masdo mewakili Malaysia di antara 11 negara ASEAN yang turut dijemputi.

Sepulangnya Masdo ke tanah air, mereka sudah pun merencanakan beberapa projek untuk tahun 2025, di antaranya sebuah album penuh sempena ulang tahun penumbuhan mereka yang ke-10, yang akan disusuli dengan siri jelajah di serata Malaysia, Singapura dan Indonesia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Masdo
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara