Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Tahniah! Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

by Khai Azfar
March 19, 2018
Share on Facebook

Tahniah diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi tadi.

1 Rejab Yang Bermakna

Siti yang bersalin secara pembedahan itu memilih untuk bersalin hari ini kerana pada hari ini juga adalah 1 Rejab dalam bulan Islam dan bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) . Siti dan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Bakal Umumkan Nama Anak Dalam Masa Terdekat

Mengenai wajah dan nama anak beliau pula, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihatnya apatah lagi berita teka teki kelahiran bayi ini hangat diperkatakan sejak minggu lalu. Siti dan suami walaubagaimanapun meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Mewakili pihak Siti dan keluargar, Rozi Abdul Razak pengurus kepada penyanyi itu yang juga kakak iparnya mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Tahniah diucapkan buat Siti dan keluarga! Selamat berpantang dan semoga bayi berkenaan membesar menjadi anak yang solehah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anak datuk seri siti nurhalizaanak siti nurhalizadatuk seri siti nurhaliza
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  3. 3

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  4. 4

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  5. 5

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara