Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Tahukah Kamu Tangan Yang Nampak Tua Boleh Hilang Dengan Retinol

by Lisa Ghani
April 3, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Retinol tidak hanya bagus untuk wajah, tetapi juga tangan.

Lumrah wanita untuk sentiasa tampil cantik, maka tidak hairan kebanyakan wanita mengambil pelbagai inisiatif dalam melambatkan proses penuaan kulit agar sentiasa tampil muda remaja.

Namun, ramai wanita hanya menumpukan penjagaan kulit wajah sahaja. Sedarkah kamu bahawa kulit tangan juga perlu diberi perhatian lebih lagi memandangkan tangan lebih cepat ‘nampak tua’ berbanding wajah.

Kebanyakan tanda penuaan pada tangan, adalah kedutan, kuku rapuh atau kulit kering. Sesetengah orang mungkin mengambil langkah untuk menjadikan tangan mereka kelihatan lebih muda dengan menggunakan krim tangan atau membuat perubahan gaya hidup, serta macam-macam lagi.

Foto – Medical News Today

Tahukah kamu, retinol bagus untuk melembut dan menjadikan tangan kelihatan muda.?

Untuk penjagaan tangan, gunakan retinol sekali sehari. Retinol boleh membantu mengelupas beberapa kawasan yang rosak dan menyediakan kulit untuk rawatan lain. Sapukan pada tangan kamu pada waktu malam supaya ia tidak terdedah kepada cahaya matahari.

Dipetik daripada Medical News Today, menggunakan losyen tangan dengan retinol atau glycolic acid sebelum tidur boleh membantu melegakan kulit kering, retak atau bersisik akibat kering. Cara ini boleh membantu mengunci kelembapan, membolehkan bahan aktif bekerja pada kulit.

Sayanglah kalau kulit wajah tegang, muda dan berseri tapi tangan pula kedut seribu. Jadi apa kata kamu lebih prihatin terhadap penjagaan tangan.

Selamat beramal!

awet mudalosyen tanganretinoltangan berkedut
https://lomp.at/o6ajo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore